Jatuh longkang ketika main golf

BUKIT BERUNTUNG: Seorang lelaki cedera di pinggang selepas terjatuh ke dalam longkang sedalam lebih dua meter ketika bermain golf di sebuah kelab berhampiran Bukit Beruntung di sini, petang tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri, berkata enam anggota dari Balai Bomba Kuala Kubu Bharu diketuai Pegawai Kanan Bomba II, Rosdi Shafie bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.49 petang.

Katanya, anggota yang tiba memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum membawanya naik ke tebing menggunakan tali dan pengusung.

"Mangsa dikatakan tergelincir, menyebabkan sebelah kakinya terperosok ke dalam lubang.

"Dia kemudian hilang imbangan lalu terjatuh ke dalam longkang terbabit," katanya.

Beliau berkata, mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) untuk menerima rawatan.



Sumber Jatuh longkang ketika main golf

Related Posts :

0 Response to "Jatuh longkang ketika main golf"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect