LONDON: Liverpool dan Liga Perdana (PL) bersetuju untuk membayar pampasan kepada keluarga seorang pemain berusia 13 tahun yang menjadi mangsa kepada skandal 'mencuri pemain' yang dilakukan pasukan terbabit.
Kelab The Reds didenda 100,000 pound (RM565,000) dan tidak dibenarkan menandatangani pemain daripada akademi Liga Inggeris pada April lalu selepas didapati menyalahi undang-undang membabitkan perpindahan pemain muda.
Kenyataan bersama yang dikeluarkan Liverpool dan PL mengesahkan persetujuan sudah dicapai dengan pemain berusia 13 tahun itu yang akan meneruskan pengajian di sekolah sama, namun menyertai akademi yang lain.
PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp memberi arahan kepada pemain baharu, Alex Oxlade-Chamberlain. - Foto Reuters
"PL dan Liverpool sudah mencapai kata persetujuan berhubung pendidikan pada masa hadapan buat pemain muda yang tidak dapat didaftarkan untuk pasukan ini," kata kenyataan itu.
"Menurut persetujuan itu, pemain itu akan terus menyambung pengajian di sekolahnya buat masa ini.
"Dia juga bebas untuk menyertai mana-mana akademi tanpa pasukan itu perlu membayar pampasan memandangkan ia sudah diselesaikan dengan bekas pasukannya, Stoke City.
Siasatan mendapati Liverpool didapati bersalah memberi tawaran yang tidak dibenarkan apabila cuba mendapatkan pelajar sekolah itu daripada Stoke City. - Reuters
Sumber Liverpool didenda 'curi pemain' muda
0 Response to "Liverpool didenda 'curi pemain' muda"
Post a Comment