Banjir di Kedah pulih, semua mangsa dibenarkan pulang

SMK Jitra digenangi air banjir pada 24 September 2017. — Foto ihsan Facebook/ Info Banjir KedahSMK Jitra digenangi air banjir pada 24 September 2017. — Foto ihsan Facebook/ Info Banjir KedahALOR SETAR, 28 Sept — Keadaan banjir kilat di Kedah pulih sepenuhnya dengan pusat pemindahan terakhir di Sekolah Kebangsaan Kodiang Lama, Kubang Pasu ditutup pada 6 petang hari ini.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), 40 mangsa daripada tujuh keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan itu telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

Menurutnya, bilik operasi gerakan banjir Kedah yang dibuka sejak seminggu lalu turut ditutup dengan penutupan pusat pemindahan itu.

Hujan lebat yang bermula Rabu minggu lepas menyebabkan berlakunya banjir kilat sehingga menyebabkan sejumlah penduduk di daerah Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kubang Pasu dipindahkan ke pusat pemindahan.

Pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Kechil, Bukit Meriam, Kuala Muda adalah yang pertama dibuka yang menempatkan 261 mangsa sebelum keadaan semakin buruk apabila sebanyak 3,067 mangsa daripada 1,078 keluarga dipindahkan di 21 pusat pemindahan di seluruh negeri pada Isnin lepas.— Bernama



Sumber Banjir di Kedah pulih, semua mangsa dibenarkan pulang

Related Posts :

0 Response to "Banjir di Kedah pulih, semua mangsa dibenarkan pulang"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect