Orang ramai di Jalan Raja Chulan gempar lelaki kurang siuman berjalan dalam keadaan bogel

Orang ramai yang melalui Jalan Raja Chulan, di sini, pagi tadi gempar apabila seorang lelaki dipercayai kurang siuman berjalan dalam keadaan bogel.

Orang ramai di Jalan Raja Chulan gempar lelaki kurang siuman berjalan dalam keadaan bogel

Orang ramai di Jalan Raja Chulan gempar lelaki kurang siuman berjalan dalam keadaan bogel

Lelaki berusia 30-an itu dikatakan berbogel hampir 10 minit pada 9.30 pagi sebelum kemudiannya dipakaikan baju oleh orang awam.

Malah, rakaman video lelaki terbabit berjalan tanpa seurat benang, berdurasi 29 saat turut tular selepas ia dimuat naik di Facebook.

Ketua Polis Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman ketika dihubungi berkata, beberapa anggota polis ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada 9.35 pagi.

 

“Namun ketika membuat rondaan, lelaki terbabit sudah berpakaian dan sedang berjalan ke arah Jalan Bukit Bintang.

“Lelaki terbabit berkemungkinan dipakaikan baju oleh orang awam yang berada di sekitar kawasan kejadian,” katanya.

Jumaat lalu, seorang wanita warganegara Vietnam turut bertindak sedemikian apabila berjalan berbogel di laluan Taman Universiti Garden, Petaling Jaya.

Tindakan aneh wanita berusia 30 tahun itu dipercayai dilakukan kira-kira jam 1 petang sebelum polis kemudiannya menahan kira-kira 20 minit kemudiannya.

Sumber: Metro



Sumber Orang ramai di Jalan Raja Chulan gempar lelaki kurang siuman berjalan dalam keadaan bogel

0 Response to "Orang ramai di Jalan Raja Chulan gempar lelaki kurang siuman berjalan dalam keadaan bogel"

Post a Comment