Aksesori Wajib Pelengkap Gaya Usahawan Wanita Untuk Imej Profesional

#1-Dapatkan Sut Wanita Khas Yang Ditempah.

Related image

Ada dua cara untuk mempamerkan imej wanita berkerjaya yang penuh dengan keyakinan. Lihat contoh seperti Hillary Clinton seorang ahli politik atau atau Anna Wintour, ketua editor majalah Vogue.

Kedua-duanya adalah wanita yang berprofesion tinggi dan mempunyai gaya imej yang berbeza. Hillary kelihatan gemar dengan sut seluarnya manakala Anna lebih cenderung memakai skirt.

Tidak kisahlah imej yang mana yang anda suka untuk menunjukkan karisma anda, sebagai usahanita anda wajib ada satu pasan sut yang ditempah khas mengikut ukuran badan anda.

Memakai sut seluar adalah imej tradisional orang korporat yang mahu dipandang serius tetapi masih boleh mengekalkan sisi feminin seorang usahanita.

Ini juga adalah pilihan yang terbaik jika anda menjalani gaya hidup yang sibuk dan aktif. Dengan pakaian seperti ini anda boleh bergerak ke mana sahaja, pada bila-bila masa dengan selesa untuk urasan bisnes.

Manakala, pemilihan sut bersama skirt juga ternyata ideal untuk aktiviti harian di syarikat, menghadiri mesyuarat dan sebagainya.

#2-Miliki Koleksi Baju Pejabat Yang Pelbagai Dalam Almari. 

Image result for woman office dressing collection

Untuk kelihatan sentiasa menarik dan tampil meyakinkan, anda harus kekal dengan imej yang profesional dan mengikut kod etika berpakaian.

Selain daripada sut, anda harus memiliki beberapa koleksi baju formal untuk dipakai ke pejabat. Sebagai usahanita muslimah, pakaian yang dipilih tidak perlu mengikut sepenuhnya cara Barat.

Sebaliknya, boleh mengambil inspirasi daripada mereka dan membuat penyesuaian mengikut anjuran Shariah.

Anda digalakkan untuk mempunyai beberapa jenis pakai ala korporat yang berlainan jenis agar senang untuk disesuaikan dengan perjumpaan dan majlis-majlis tertentu.

Seeloknya, paling minimum ada variasi warna asas seperti hitam, kelabu, putih, biru dan coklat. Jika mahu menyerlahkan lagi sisi pemakai boleh bereksperimen dengan warna merah, oren dan unggu.

Jangan memilih pakaian yang terlalu mendedahkan badan, dikhuatiri walaupun nampak cantik, anda hilang daya profesional bagi urusan kerja.

#3-Kasut Tumit Tinggi Pelengkap Gaya?

Related image

Tidak dapat dinafikan, kasut tumit tinggi akan memberikan aura yang tersendiri kepada pemakainya.

Namun, tidak semua mampu berasa selesa untuk memakai kasut tumit tinggi dalam jangka masa yang panjang kerana ia akan menimbulkan kesakitan.

Mengikut kajian juga, pemakaian kasut tumit tinggi dalam jangka masa panjang boleh sebabkan kesihatan wanita merosot.

Tidak dapat dinafikan yang ia menambahkan daya tarik seorang wanita apabila dapat berjalan dengan yakin. Kadang-kadang, jika tidak pandai bergaya dan mengawal imbangan, mungkin akan menganggu postur badan ketika berjalan.

Bunyi dari hentakan kasut tumit tinggi juga boleh menganggu orang lain dan meimnulkan rasa kurang senang.

Anda ada pilihan jika tidak mahu menggunakan kasut tumit tinggi, anda boleh menggunakan kasut tinggi yang mempunyai tapak tumit yang lebih lebar seperti kasut ‘wedges’ dan kasut ‘boot’.

Dengan rekaan yang sesuai anda masih boleh bergaya dan tampak profesional.

Kasut jenis ‘chunky’ agak ideal seperti untuk usahanita seperti anda kerana memberikan kelebihan kepada anda daripada segi ketinggian dan ketebalan, juga lebih selamat.

Kasut jenis ini juga tidak memberikan tekanan yang tidak perlu kepada kaki anda.Ia sesuai untuk digayakan ke pejabat dan juga di luar pejabat bagi perjumpaan sosial.

#4-Barangan Kemas Perhiasan Wajib.

Image result for pearl on office attire

Memakai barangan kemas ke pejabat adalah satu idea menarik. Rata-rata wanita memang gemar dengan barang perhiasan.

Kalau wanita Melayu memang sedia terkenal dengan kegemaran mereka dengan aksesori barangan kemas seperti cincin emas, rantai emas dan lain-lain lagi.

Kadang-kadang mereka memakai barangan kemas yang agak sarat kerana itu adalah simbolik kepada kemewahan. Mungkin anda rasa jika memakai banyak barangan kemas akan tampil seperti orang kaya di mata orang lain.

Mungkin juga akan membantu pelanggan akan jadi lebih yakin dengan anda. Mungkin ya, mungkin tidak bergantung kepada jenis perniagaan anda.

Namun, daripada segi daya profesional, mungkin akan mengurangkan imej profesional anda dan anda akan hilang daya karisma jika barangan kemas anda menandingi personaliti dan bakat anda.

Pernah dengar ungkapan, ‘Less is more” ? Ini adalah gaya trend pemakaian barangan kemas sekarang. Tidak kisahlah emas putih, berlian, mutiara, atau apa sahaja aksesori kegemaran anda, pastikan ia ringkas dan cantik.

Jika terlalu sarat, orang akan menumpukan kepada aksesori anda lebih daripada apa yang anda ingin perkatakan. Jangan memakai barangan kemas yang sarat dan berat.

Cukup hanya dengan aksesori seperti rantai, gelang atau cincin dn juga kerongsang untuk usahanita bertudung. Memakai satu atau dia aksesori yang sepadan dengan pakaian akan menimbulkan aura profesional yang moden atau klasik yang kuat. .

Sememangnya kalau membeli barangan kemas yang berkualiti agak mahal kosnya akan tetapi ia boleh jadi pelaburan yang sangat bermanfaat. Ia juga membuatkn seseorang itu nampak matang dan berkeyakinan.

Jika anda tidak gemar memakai barangan kemas daripada mutiara, anda boleh mula cuba menggunakannya mulai sekarang selain daripada perak.

#5-Beg Tangan Teman Terbaik Wanita Bekerjaya.

Image result for handbag on model

Beg tangan adalah aksesori usahanita yang wajib. Ia juga boleh menjadi aksesori yang menarik untuk seorang usahanita.

Beg tangan boleh melambangkan status sosial seseorang. Anda harus berhati-hati dengan pemilihan beg tangan anda sama pentingnya seperti anda memilih barangan kemas.

Pilih yang terbaik berdasarkan rekaan dan praktikaliti. Beg jenama kecil mungkin nampak cantik namun tidak sesuai untuk membawa semua barangan yang anda perlukan untuk membuat urus niaga di luar.

Percaya atau tidak, kadang-kadang orang boleh menilai anda melalui beg tangan yang anda pilih. Mereka juga boleh memberikan layanan yang berbeza kepada anda jika anda memakai beg tangan jenama mewah.

Sekirnya anda perasan, jika anda ke tempat membeli-belah yang mewah, jurujualnya akan memerhatikan anda dari atas hingga ke bawah dan jika mereka rasa status sosial anda rendah berdasarkan imej anda, layanan yang mereka berikan juga hanyalah biasa-biasa sahaja dan sebaliknya.

Tidak rugi jika anda melabur untuk membeli dua atau tiga beg tangan yang berjenama untuk memberi nilai tambah kepada imej anda.

Sebaiknya jangan beli beg tangan berjenama yang tiruan. Jika dapat dikenalpasti oleh orang lain, bukan sahaja menjatuhkan imej anda malah silap haribulan akan ditertawakan orang lain di belakang anda.

Jika masih belum mampu, pada peringkat permulaan ini, guna sahaja beg tangan yang tidak berjenama tetapi rekaannya cantik dan menarik. Cara ini lebih baik untuk meningkatkan imej profesional anda.

#6-Gajet Simbol Usahawan Wanita Moden.

Image result for gadget woman

Baik lelaki atau perempuan, anda harus menjadikan gajet sebahagian daripada imej anda. Teknologi adalah sebahagian daripada gaya hidup masyarakat masa kini.

Memiliki gajet juga akan memudahkan urusan kerja seharian anda. Daripada laptop, telefon pintar, tablet hinggalah ke jam pintar, anda ada pelbagai jenis gajet yang sesuai dengan anda.

Yang penting adalah anda akan nampak bergaya, profesional, mengikuti perkembangan teknologi semasa dan ia juga akan memudahkan anda untuk buat urusan bisnes anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Dengan gajet di tangan, anda dapat menjadi sebahagian daripada masyarakat milenia dan bisnes dapat berkembang setiap saat.

Akan tetapi jangan terlalu taksub untuk menukar gajet setiap masa dan menghabiskan wang yang tidak perlu. Cukup sekadar gajet anda tidak lapuk dek zaman.

Contohnya anda masih memakai telefon biasa apabila orang di sekeliling anda sudah mula memakai telefon pintar dan masih berSMS apabila orang lain sudah menggunakan Whatsapp.

Walaupun bisnes anda tidak memerlukan teknologi namun anda dan teknologi harus seiring kerana ini adalah zaman milenia. Tambahan pula, kalau gajet kita dapat memudahkan pelanggan kita kenapa tidak?



Sumber Aksesori Wajib Pelengkap Gaya Usahawan Wanita Untuk Imej Profesional

Related Posts :

0 Response to "Aksesori Wajib Pelengkap Gaya Usahawan Wanita Untuk Imej Profesional"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect