Aksesori Wajib Pelengkap Gaya Usahawan Lelaki Untuk Imej Profesional

#1-Memakai Sut Yang Ditempah Khas.

Related image

Berbicara mengenai imej profesional lelaki yang bekerjaya pasti akan terlintas difikiran kita pakaian sut ala korporat yang biasa terpapar di televisyen.

Ini adalah pakaian wajib dan asas bagi seorang usahawan. Seeloknya tempah satu sut yang khas yang dijahit  mengikut ukuran badan kita.

Bezanya dengan sut yang sedia dibeli dan dipakai adalah sut yang ditempah nampak lagi kemas. Digalakkan bagi para usahawan untuk

Memiliki beberapa set sut yang mempunyai perincian poket di bahagian dada dengan tali leher yang sesuai akan buatkan anda nampak sangat profesional dan bergaya.

Anda boleh bereksperimen dengan pemilihan warna, tekstur dan jenis kain serta corak untuk menaikkkan imej profesional anda.

Tidak kisahlah jika anda hanyalah berniaga tepi jalan atau di pasar malam sahaja akan tetapi jika menghadiri majlis formal tertentu, tidak salah berpakaian dengan kemas dan menunjukkan karisma anda yang tersendiri.

Untuk permulaan, hanya ada satu pasti akan memadai untuk membina imej anda dengan bagus.Pastikan juga anda beli alat pembuang habuk yang boleh digunakan atas pakaian bagi membuang debu, habuk, bulu kucing dan sebagainya sebelum anda keluar dari rumah.

Tidak guna ada sut yang cantik dan mahal jika ia berhabuk dan kotor pada pandangan orang lain.

#2-Guna Butang Kemeja Untuk Tampil Kemas.

Related image

Jika wanita memakai barangan kemas untuk menonjolkan aura dan personaliti mereka, anda boleh membeli butang kemeja sebagai aksesori tambahan untuk lengan kemeja anda.

Sama ada memakai kot atau tidak, pasti akan nampak kemas dengan adanya butang kemeja ini.

Rata-rata usahawan atau pekerja korporat cenderung untuk menyinsingkan kemeja mereka agar nampak kemas namun untuk majlis formal atau perjumpaan sosial dengan pelabur atau pelanggan, sebaiknya anda memakai butang kemeja untuk menaikkan imej anda dan memberi keyakinan kepada diri anda sendiri dan orang yang melihat.

Sama ada butang saduran emas atau perak, ia akan berikan gaya ekslusif kepada anda walaupun tanpa aksesori lain.

#3-Jam Tangan Adalah Aksesori Wajib Lelaki.

Related image

Jika kaum hawa memakai gelang sebagai salah satu aksesori, jam tangan adalah perhiasan wajib bagi kaum adam yang bukan sahaja sebagai pelengkap gaya profesional akan tetapi menunjukkan sisi kelakian dan kematangan.

Jangan sayangkan duit untuk melabur bagi membeli sekurang-kurangnya satu utas jam yang berjenama untuk dipakai. Bukan sahaja cantik dan berkualiti, bahkan tahan lama.

Pemakaian jam dengan rekaan yang menarik akan memberi kesan gaya klasik atau moden bergantung kepada jenis jam yang dipilih. Ia juga memberi kesan imej yang anda seorang yang mementingkan masa.

#4-Pakai Barangan Kulit Beri Kesan Imej Yang Bagus.

Image result for leather shoes and bag for men

Jika wanita sibuk berkepit atau membawa beg tangannya sebagai perhiasan, lelaki juga harus ada beg mereka sendiri.

Sememangnya gaya kebanyakkan lelaki adalah ringkas dan sempoi. Mereka hanya bawa beg duit sahaja untuk kemana-mana.

Namun dalam dunia bisnes, penggunaan beg bimbit yang diperbuat daripada kulit akan memberikan ekspresi eksklusif dan meyakinkan kepada orang lain.

Bukan sahaja tahan lasak untuk di bawa kemana-mana, ia juga pelaburan yang berbaloi untuk jangka masa yang panjang.

Untuk gaya maskulin, semestinya warna hitam dan coklat adalah pilihan yang tepat dan berkarisma untuk anda.

Begitu juga dengan pemilihan kasut, pemakaian kasut kulit yang berkualiti akan membantu imej anda tampak lebih hebat. Malah, dalam pertemuan pertama, kasut adalah antara perkara yang akan menjadi perhatian orang untuk menilai.

Tidak lari daripada warna konvensional, warna hitam, coklat dan kelabu gelap adalah pilihan terbaik yang boleh disesuaikan dengan pelbagai warna baju dengan gaya yang elegan.

#5-Gajet Adalah Satu Kemestian.

Related image

Tidak ketinggalan, memiliki gajet dengan fungsi yang terkini dan praktikal bukan sahaja dikira sebagai aset tetapi menjadi sebahagian penting daripada imej.

Bukan sahaja nampak profesional akan tetapi urusan bisnes dapat dilakukan dengan pantas dan anda akan terlihat cekap dan efisien dalam melakukan tugasan.

Percaya atau tidak, penggunaan gajet yang terkini akan bantu orang asing percaya kepada anda dengan lebih cepat dalam urusan bisnes.

Sentiasa ikuti perkembangan baharu dalam dunia teknologi seperti perisian dan aplikasi agar mereka kagum dengan anda. Ia juga akan bantu anda menjalankan bisnes dengan lebih produktif dengan usahawan lain.



Sumber Aksesori Wajib Pelengkap Gaya Usahawan Lelaki Untuk Imej Profesional

Related Posts :

0 Response to "Aksesori Wajib Pelengkap Gaya Usahawan Lelaki Untuk Imej Profesional"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect