6 Aplikasi Telefon Pintar Yang Boleh Digunakan Untuk Menjimatkan Masa

Masa adalah emas dan harta yang bernilai bagi setiap usahawan yang berjaya. Dalam era teknologi ini, jika para usahawan tidak mengikuti perkembangan teknologi, mereka akan ketinggalan banyak perkara.

Dalam kita sibuk mengejar waktu, sebenarnya terdapat beberapa aplikasi yang direka untuk membantu kita menjimatkan masa. Berikut adalah 7 senarai aplikasi yang banyak digunakan oleh mereka-mereka yang tahu menghargai masa.

#1- Brewster Address Book

Related image

Aplikasi ini menggabungkan kenalan anda dari semua tempat sama ada dari LinkedIn, Facebook, WhatsApp, atau E-mel, Brewster Address Book boleh menguruskan banyak perkara untuk anda dengan mudah dengan mana-mana kenalan yang anda ingini.

Ia turut juga menggabungkan nombor telefon kenalan beserta dengan akaun sosial media mereka.

Jadi, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari orang di media sosial dan mendapatkan nombor mereka, hanya muat turun aplikasi ini dan biarkan Brewster Address Book lakukan selebihnya.

#2-Sunrise Calendar

Image result for Sunrise Calendar

Sunrise calendar adalah aplikasi terbaik untuk mengemaskini mesyuarat, jadual harian anda, urusan peribadi, bisnes dan hampir segala-galanya.

Dengan aplikasi ini, anda akan sentiasa dikemas kini dan dimaklumkan dengan perkara yang anda harus lakukan.

Ia juga turut menggabungkan profail LinkedIn orang yang anda bertemu, panduan tunjuk arah daripada Google Maps untuk ke mana-mana tempat bagi menguruskan bisnes anda.

Senang kata, Sunrise calendar bertindak sebagai PA anda dan memudahkan anda menjalankan rutin seharian anda.

#3-Evernote

Image result for Evernote

Ramai usahawan berjaya mengakui yang  tabiat mencatat nota adalah satu faktor yang mendorong kejayaan mereka dan membantu mereka untuk menguruskan rutin harian mereka yang sibuk.

Namun, tidak semua orang suka mengusung buku nota ke sana ke mari dan mencatat secara manual akan butir-butir tertentu semasa mesyuarat, seminar dan sebagainya.

Malahan, kadang-kadang kita juga terlupa untuk membawa buku nota kita semasa menghadiri perjumpaan sosial dan mungkin ada perkara penting yang tidak terjangka yang kita mahu catit.

Aplikasi Evernote akan bantu anda untuk untuk mencatat dimana-mana, pada bila-bila masa dan mebuatkan anda kekal produktif.

Hanya perlu muat turun aplikasi ini dan bawa telefon anda kemana-mana untuk mencatat perkara yang penting dan merujuk semula catatan anda bila mana perlu.

#4-Workflow

Image result for Workflow apps

Workflow adalah aplikasi yang membuatkan telefon pintar anda bertambah pintar dengan menambahkan fungsinya atau gerak kerja bagi telefon anda mengikut kebiasaan rutin anda semasa menggunakan.

Workflow membolehkan anda melakukan banyak perkara pada satu masa sekaligus menjimatkan masa anda dalam urusan bisnes.

Anda boleh membuat fail Pdf, memuat turun ‘link’ Dropbox dan sebagainya.

#5-Clear

Image result for Clear apps

Clear pula merupakan aplikasi yang mengemaskinikan lagi gerak kerja anda dan memastikan perkara berlaku mengikut keutamaan senarai tugasan anda.

Ibarat ini adalah ‘to-do list’ anda dan ini adalah aplikasi yang profesional yang bantu untuk memastikan tugasan anda akan dihabiskan dengan baik.

#6-Walnut Money Manager

Image result for Walnut Money Manager

Aplikasi ini membantu anda untuk menguruskan bajet anda dengan cara yang lebih baik dengan menggabungkan semua perbelanjaan anda daripada kad, wang tunai, dan perbelanjaan lain di dalam satu sistem.

Ia adalah penting bagi setiap usahawan untuk mengawal simpanan anda, perbelanjaan anda dan lain-lain.

Anda bukan sahaja menjimatkan masa, malahan anda boleh mengatur aliran masuk dan keluar wang syarikat anda dan juga perbelanjaan peribadi dengan lebih baik dan terurus.



Sumber 6 Aplikasi Telefon Pintar Yang Boleh Digunakan Untuk Menjimatkan Masa

Related Posts :

0 Response to "6 Aplikasi Telefon Pintar Yang Boleh Digunakan Untuk Menjimatkan Masa"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect