KOTA KINABALU: Ketika tingkat 4 pusat membeli-belah Centre Point di sini dipenuhi rata-rata remaja dan lelaki dewasa, turut dilihat ibu bapa yang menemani anak-anak mereka bagi menyaksikan sendiri Kejohanan Borneo e-Arena hari ini.
Bagi pesara guru tadika, Tan Chew Min, 52, beliau percaya anak-anaknya memerlukan ruang untuk berehat selepas bertungkus-lumus mengulang kaji pelajaran.
“Anak-anak saya suka permainan video. Jika mereka tahu ada acara berkaitan dengan permainan video yang berdekatan, saya akan membawa mereka.
“Mereka kadang-kadang nampak tertekan apabila belajar. Jadi saya harap dengan membawa mereka ke acara kejohanan permainan video ini, tekanan mereka kurang,” katanya kepada Astro AWANI di sini.
BACA: Borneo e-Arena rai peminat e-sukan Sabah
Jelas Tan lagi, ia bukan satu masalah untuk membawa anak-anaknya ke Kota Kinabalu walaupun perjalanan dari rumahnya di Kota Belud mengambil masa dua jam perjalanan.
“Mereka perlu diberi satu ruang masa untuk berehat supaya minda dan pemikiran menjadi lebih luas,” jelasnya yang tidak lokek dengan senyuman.
Tan mempunyai dua orang, masing-masing berusia 15 dan 11 tahun.
Borneo e-Arena peringkat akhir yang berlangsung sejak semalam menawarkan hadiah wang terkumpul keseluruhan bernilai RM150,000.
Sumber
Bawa anak tengok ‘game’ untuk hilang stres
Related Posts :
"Tolong jangan buang masa kalau tiada rupa!.." - Datuk A Aida
“KALAU boleh tak nak beri harapan kepada orang tapi saya perlu berterus terang,” kata penerbit popular Datuk A Aida ketika diminta member… Read More...
“Apa hak encik tahan suami saya. Kami sudah bernikah hampir setahun,” - Cikgu muda ini berang selepas suaminya ditahan pihak imigresen
“APA hak encik tahan suami saya. Kami sudah bernikah hampir setahun,” kata seorang wanita tempatan yang tidak puas hati dengan tindakan a… Read More...
'Raja Muda' kerajaan jin ditahan di surau Taman Rimba Bukit Bauk selepas dipercayai amal ritual aneh
KEMAMAN - Seorang lelaki yang mendakwa dirinya mendapat gelaran 'Raja Muda' dari kerajaan jin ditahan di Surau Taman Rimba Bukit Bauk, di… Read More...
(2 Video) 50 Shades Of Roses Bachelorette Party Nelydia Senrose Bertemakan Baju Tidur Jadi Perhatian Netizen
Semakin berseri dan cantik Nelydia Senrose yang bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.
Selepas mengadakan majlis ‘bridal show… Read More...
Walaupun beza jarak usia 22 Tahun, Reena Kongsikan Buat Kali Pertama Bagaimana Terpikat Dengan Pelakon Popular Aman Graseka.
MODEL dan pelakon baharu, Reena Areena mengakui terpikat dengan sikap suaminya, Aman Graseka, 51, yang romantik dan penyayang.
Malah, se… Read More...
0 Response to "Bawa anak tengok ‘game’ untuk hilang stres"
Post a Comment