Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran

SETIAP ibu bapa pasti mempunyai cara tersendiri dalam mendidik anak-anak.

Video: Bapa Hukum Anak Dengan Cara Paling 'Brutal'

Namun demikian tidak semuanya tahu bagaimana cara yang betul dan paling berkesan kerana setiap anak-anak itu mempunyai fi’il masing-masing.

Seperti yang dilakukan seorang bapa di negera tembok besar ini yang memilih menghukum anaknya dengan cara kekerasan.

Padahal cara tersebut belum tentu efektif dan mungkin hanya memicu trauma si anak.

Lapor portal Shanghaiist, seorang bapa di Yueyang, wilayah Hunan tergamak menghukum anak lelakinya dengan cara melemaskan sebagai pengajaran kepada anaknya yang berkelakuan buruk.

Dalam rakaman, remaja berusia 13 tahun itu diikat pada tangga dengan wajahnya menghadap permukaan air tasik sementara bapanya berulang kali menenggelamkannya menyebabkan remaja terbabit tercungap-cungap sambil berkata;

“Saya akan berubah! Saya akan berubah!” rayunya.

“Jadi, berubahlah!” tegas bapanya sebelum menenggelamkan anaknya itu ke dalam air semula.

Bapa remaja terbabit dikatakan sudah penat dengan perangai anaknya yang teruk dan mahu mengajar anaknya itu dengan hukuman yang dia takkan lupakan.

Rata-rata netizen menganggap cara lelaki China itu mengajar anaknya itu agak keterlaluan, namun tidak kurang juga memuji ketegasannya.

Maklumlah kanak-kanak atau remaja zaman ini terlalu dimanjakan sehingga ada yang berani memijak kepala ibu bapa mereka sendiri.

 

Sumber: MYNEWSHUB.CC



Sumber Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran

Related Posts :

0 Response to "Video hukuman brutal bapa lemaskan anak sebagai pengajaran"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect