“Saya pernah temankan adik pergi temuduga kerja kerajaan, elok-elok tunggu tiba-tiba dipanggil nombor lain, baru tau rupa-rupanya yang datang lambat tapi dipanggil dulu tu guna kabel”

Assalamualaikum semua. Terima kasih admin sekiranya penulisan saya kali ini di luluskan untuk dikongsi bersama pembaca-pembaca di luar sana. Entry kali ini pula mengenai pencarian jawatan kosong yang sering menggunakan ‘kabel’ atau bahasa sebetulnya orang dalam.

"Saya pernah temankan adik pergi temuduga kerja kerajaan, elok-elok tunggu tiba-tiba dipanggil nombor lain, baru tau rupa-rupanya yang datang lambat tapi dipanggil dulu tu guna kabel"

“Saya pernah temankan adik pergi temuduga kerja kerajaan, elok-elok tunggu tiba-tiba dipanggil nombor lain, baru tau rupa-rupanya yang datang lambat tapi dipanggil dulu tu guna kabel”

Kalau pembaca-pembaca di luar sana perhatikan, zaman sekarang amatlah payah untuk mengisi jawatan kosong yang di tawarkan oleh sesetengah agensi mahupun kerajaan atau swasta. Salah satu sebabnya adalah orang dalam. Saya bekerja di sektor swasta, jadinya dalam sektor ini penggunaan orang dalam untuk mendapatkan sesuatu pekerjaan amatlah senang berbanding kerajaan. Just my assumption.

Dalam pekerjaan saya, juga terlibat dalam pengambilan pekerja-pekerja baru bagi sesebuah jabatan. Oleh itu, penggunaan orang dalam bagi mendapatkan tempat dalam sesebuah jabatan atau sektor, terlalu banyak dan kerap kali sehinggakan saya berasa menyampah. Kenapa? Mari saya terangkan.

Pertama, jawatan yang ditawarkan atau diiklankan selalunya akan diiringi dengan kriteria-kriteria yang dikehendaki oleh pihak majikan. Maka, apabila seseorang itu terlalu inginkan jawatan tersebut tetapi tidak mencapai kriteria-kriteria yang dikehendaki, mula lah guna orang dalam. Dah banyak kali saya lalui pengalaman seperti ini. Salah satunya, si A datang berjumpa saya bahawa anak buahnya/anak jirannya/ Ipar punya sepupu dua kali ingin mencari pekerjaan. Maka saya panggil orang tersebut untuk datang temuduga. Apa salahnya, jika layak kita terima.

Jadi,semasa application process, pastinya kita akan disuruh untuk isi segala maklumat-maklumat yang berkaitan untuk rujukan pihak majikan. Dalam proses ini pun masih ada juga umat tertentu ni buat hal sama ada pakai orang dalam ataupun tidak. Hal yang terjadi selalunya, gambar passport tak bawa, sijil original tak bawa, sijil spm hilang entah ke mana, maklumat ibu bapa, adik beradik tak ingat dan lain-lain lagi. Anda rasa diorang ni betul-betul ke nak jawatan yang ditawarkan ke saja-saja try mana tau dapat. Dari situ pihak majikan atau Human Resource boleh agak orang ni betul-betul ingin bekerja atau main-main.

Jadi, adik-adik di luar sana tolong lah, tolong sangat-sangat sebelum pergi temu duga adalah lebih baik adik telefon dulu pihak syarikat dan bertanya apa dokumen yang perlu di bawa supaya senang bagi kedua-dua belah pihak dalam application process ni.

Lagi satu, sekiranya anda disuruh datang pukul 9 pagi, lebih baik datang 30 minit awal untuk persiapan. Dalam kes saya lain pula, saya suruh datang pukul 11pagi pukul 12.30 baru muncul. Siapa nak temuduga kau kalau majikan pun dah on the way fikir nak makan apa tengahari nanti. Lagi setengah jam kot nak rehat. Gurau sahaja.

Satu lagi kes, dah capai kata persetujuan untuk datang pada sekian waktu, tapi sampai ke petang tak muncul-muncul. pihak majikan akan beranggapan bahawa anda tidak berminat untuk pekerjaan tersebut dan pemohon itu dilupakan selamanya. Akhirnya pemohon itu muncul juga tapi selang tiga hari tanpa notis pemberitahuan mengenai kedatangannya. Sorry, Tiada maaf bagimu.

Saya pernah temankan adik saya pergi temuduga kerajaan. Memang sangat-sangat lah ramai yang datang untuk temuduga. Kami datang awal 2 jam. Ye lah, kerajaan kan, mesti nak ambil nombor giliran lagi semua. The sooner the better. Alhamdulillah nombor giliran adik saya yang ke-8. Elok-elok tengah tunggu giliran tiba-tiba pekerja tersebut panggil nombor lain. Mula-mula di panggil nombor 9 selepas tu nombor 23, 24, 53, 69, 110. Adik saya dan yang lain yang tak terpanggil nombor mereka mula bertanya satu sama lain. Mereka hairan. Adik saya pun pergi ke kaunter dan bertanya kepada pekerja tersebut mengapa nombor mereka tidak dipanggil dan pekerja tu tidak menjawab soalan yang ditanya tetapi cuma menyuruh adik saya dan yang lain tunggu sehingga nombor dipanggil. Sampai lah ke tengahari nasib ada seorang pekerja yang baik hati dia kata kepada adik saya dan yang lain bahawa sebenarnya yang datang lambat tetapi dipanggil awal tu semua pakai kabel / orang dalam. Orang yang datang tanpa guna orang dalam akan di skip /hold dan akan dulukan yang guna orang dalam. Lagi satu pekerja tu cakap sebenarnya kesemua 30 jawatan kosong yang ditawarkan sudahpun dimiliki dan orang-orang tertentu sudah dipilih untuk mengisi jawatan tersebut dengan menggunakan orang dalam. Proses temu duga ini dijalankan hanya lah sebagai atas kertas sahaja. Cuba anda bayangkan bagaimana dengan perasaan adik saya? Orang yang memang berharap akan pekerjaan tersebut? Orang yang sanggup datang dari jauh semata-mata inginkan pekerjaan tersebut. Kecewa, marah, sedih, putus harapan pun mungkin juga. Begitu la senario pekerjaan zaman sekarang.

Seterusnya,berbalik kepada cerita saya mengenai si A tadi, Haaa, ini pun satu hal. Dah la pakai orang dalam, datang temuduga pula lambat, pakaian selekeh, rambut punk, rambut panjang bagi lelaki, serabai, perempuan pula pakai seksi, jeans skinny, jadi dengan sekali pandang sahaja saya tahu saya tak nak ambil golongan-golongan seperti ini bekerja. Mungkin akan menjatuhkan imej korporat syarikat, mungkin juga tidak bersifat professional. So I put my company in jeopardize. Oleh sebab si A ni adalah salah satu pekerja contoh dalam syarikat, maka saya izinkan untuk interview anak segala anak buah atau sepupu atau anak jiran kepada si A ni. Beranggapan bahawa pemohon itu juga bersikap professional seperti saudaranya si A.

Semasa temuduga, kebanyakan pemohon tidak reti bercakap Bahasa inggeris. Tetapi tidak mengapa, saya percaya kepada latihan. Jika diberikan latihan secara berterusan bukan setakat Bahasa inggerisnya lurus kebolehan dan ketangkasan seseorang juga bisa digilap.

Nasihat saya kepada adik-adik yang bakal memohon sesuatu pekerjaan tu, praktis la seboleh-bolehnya banyak kali. Google segala soalan-soalan yang bakal ditanya supaya semasa proses temuduga anda tidak gugup dan anda akan menjawab segala pertanyaan yang diajukan dengan lancar. Keyakinan itu juga penting. Apabila anda yakin dengan setiap perkataan yang keluar dari mulut anda, majikan akan yakin untuk ambil anda bekerja.

Akhir sekali, selalunya pemohon yang menggunakan orang dalam ini selalunya tidak serius dalam pekerjaan mereka. Apabila pemohon tersebut diterima bekerja, bulan pertama ke bulan ke-3, boleh lah seriusnya. Masuk bulan ke-4, dia dah mula main-main. Ikut suka hati je nak masuk kerja pukul berapa pun. Sekejap datang kerja sekejap tak datang. Dah datang melilau tempat lain. Orang-orang seperti ini lah sebenarnya telah menutup peluang untuk pemohon yang benar-benar layak untuk diambil bekerja. Malangnya, benda-benda ini sukar dibendung dan sudah menjadi lumrah dalam pekerjaan.

Sebelum saya tamatkan entry saya, ada satu cerita ingin saya kongsikan kepada anda semua. Ada seorang trainee atau pelatih membuat internship di syarikat saya sedang bekerja ini. Dia memang lawa ala-ala Izara Aishah. Tujuan training adalah untuk menuntut ilmu tetapi lain pula dengan dia ni. Dia bukan training tetapi sibuk skandal dengan supervisor dia aka bos saya. Setiap hari meluangkan masa di pejabat bos saya. Dalam sehari cuma 3 jam sahaja akan nampak dia buat kerja. Masa rehat diambil selama 2 jam. Selepas rehat muncul sekejap 30 minit lepas tu hilang sampai ke petang. Saya tahu, tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana skandalnya itu adalah bos saya. Untung la dapat bos besar. Tetapi bukan itu tujuan saya cerita.

Enam bulan kemudian, apabila trainee ini habis internship dia pun mula mencari pekerjaan di luar sana. Setiap proses temuduga yang dia lalui akan diceritakan kepada bos saya dan bos saya pula akan cerita kepada saya. Apabila budak trainee tu ditanya macam-macam soalan, dia tidak dapat jawab. Alih-alih, tidak ada satu pun syarikat yang ingin mengambil dia bekerja. Harap anda semua ambil iktibar daripada kes ini. Anda muda lagi, jangan sebab dapat bos besar maka peluang anda untuk dapat pekerjaan dengan gaji tinggi adalah cerah. Tidak sama sekali. Siapa tahu bos besar tu Cuma ingin memuaskan nafsunya sahaja. Dia Cuma peralatkan anda kerana anda muda dan cantik. Apabila diberi peluang untuk menuntut ilmu, maka pelajarilah sebaik mungkin kerana ilmu itu lah menjadi panduan anda di masa hadapan dan membezakan anda dengan bodoh.

Sekian terima kasih.

– Fatin Farhana

Sumber: IIUMC



Sumber “Saya pernah temankan adik pergi temuduga kerja kerajaan, elok-elok tunggu tiba-tiba dipanggil nombor lain, baru tau rupa-rupanya yang datang lambat tapi dipanggil dulu tu guna kabel”

0 Response to "“Saya pernah temankan adik pergi temuduga kerja kerajaan, elok-elok tunggu tiba-tiba dipanggil nombor lain, baru tau rupa-rupanya yang datang lambat tapi dipanggil dulu tu guna kabel”"

Post a Comment