Aceh saran hukuman sebat untuk pesalah hudud diadakan secara tertutup, bimbang akan jejaskan pelaburan di wilayah itu

Aceh menimbang untuk menghukum pesalah hudud secara tertutup bagi mengelak kesan negatif pada pelaburan di wilayah itu. 

Aceh saran hukuman sebat untuk pesalah hudud diadakan secara tertutup, bimbang akan jejaskan pelaburan di wilayah itu

Aceh saran hukuman sebat untuk pesalah hudud diadakan secara tertutup, bimbang akan jejaskan pelaburan di wilayah itu

Timbalan gabenornya Nova Iriansyah membuat cadangan itu susulan laporan negatif media antarabangsa terhadap hukuman kontroversi itu, lapor New York Times.

“Kami akan kurangkan liputan media dan melaksanakannya di penjara. Sekarang ia dibuat di depan masjid, selepas solat Jumaat,” katanya kepada media Jakarta.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pertemuan beliau dan gabenor Aceh, Irwandi Yusuf, yang baru dilantik dengan Presiden Joko Widodo.

Pejabat gabenor kemudian menjelaskan cadangan itu perlu diluluskan pemikir syariah dan badan perundangan wilayah itu, satu-satunya yang menjalankan hudud.

Susulan reaksi negatif pada usul itu, Nova Iriansyah menjelaskan ia dibuat oleh pihaknya dan bukannya daripada presiden republik itu.

Kelantan baru-baru ini meluluskan pindaan enakmen syariahnya bagi membolehkan hukuman sebat dijalankan di depan orang ramai.

Sumber: Malay Mail



Sumber Aceh saran hukuman sebat untuk pesalah hudud diadakan secara tertutup, bimbang akan jejaskan pelaburan di wilayah itu

Related Posts :

0 Response to "Aceh saran hukuman sebat untuk pesalah hudud diadakan secara tertutup, bimbang akan jejaskan pelaburan di wilayah itu"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect