“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan” – Datuk K terkilan…

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan gambar bayi dipangku seorang wanita, seperti yang tersebar di laman sosial adalah anak mereka.

Khalid, 59, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan terhadap sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.

“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas,” katanya kepada BH, malam ini.

Terdahulu, ahli korporat itu turut memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi.

DATUK Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama isterinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.55kg secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada jam 8.17 pagi tadi. – Foto ihsan Rozi Abdul Razak

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid turut memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra itu hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

“Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih,” katanya.

Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan Siti secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi tadi.

Sumber: Bharian



Sumber “Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan” – Datuk K terkilan…

Related Posts :

0 Response to "“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan” – Datuk K terkilan…"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect