Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok

PETUGAS Pusat Falak Sheikh Tahir mencerap anak bulan menggunakan alatan khas 'Thedolit' untuk menentukan tarikh permulaan puasa bulan Ramadan di Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh. - Foto Danial Saad

KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok.

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, ketika mengumumkannya, berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada Sabtu, 27 Mei 2017, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman ringkas itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebentar tadi.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini (Jumaat bersamaan 29 Syaaban 1438 Hijrah).

Menurut kenyataan itu, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab. - BERNAMA



Sumber Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok

0 Response to "Umat Islam di Malaysia mula berpuasa esok"

Post a Comment