Jangan jatuhkan negara - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan sempena Majlis Pelancaran Kumpulan Masa Depan TN50 di Bukit Kiara, turut hadir Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. - Foto NSTP/Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terbabit dalam usaha menjatuhkan negara.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata rakyat mempunyai peluang untuk bersama kerajaan membangunkan negara bagi masa depan.

"Jangan jatuhkan negara. Kita kena berjuang bersama meneruskan perjalanan ini. Ada banyak benda baik yang boleh kita hasilkan jika kita bersama membangunkan negara ini " katanya ketika berucap melancarkan Kumpulan Masa Depan dan logo rasmi TN50 di Galeri Antarabangsa Alya di Bukit Kiara di sini, hari ini.

Susulan pelancaran Kumpulan Masa Depan dan logo rasmi TN50 itu, visi TN50 kini memasuki fasa kedua.

Kumpulan Masa Depan akan membantu memperhalusi dan menganalisis aspirasi belia yang diterima di bawah ke peringkat seterusnya bagi merealisasikan TN50.

Mengulas mengenai TN50, Perdana Menteri berkata pelan transformasi itu perlu bermula sekarang dan tidak boleh tunggu sehingga 2050.

Katanya, beliau teruja kerana melihat TN50 dari satu idea kini sudah masuk fasa kedua yang mana aspirasi dikumpulkan dan diperhalusi untuk dijadikan visi negara.



Sumber Jangan jatuhkan negara - PM

0 Response to "Jangan jatuhkan negara - PM"

Post a Comment