Mak, berat hati saya nak tulis. Tetapi percayalah silibus semua subjek anak-anak Tahun 1 semakin sukar. Arasnya tinggi. Mak sendiri pun ramai yang tak tahu nak jawab macam mana.
‘Silibus semua subjek Tahun 1 semakin sukar, padahal anak-anak masih terkial-kial nak tulis nama sendiri’
Tak percaya? Saya mohon mak belek buku teks Tahun 1 yang baru. Bukan satu subjek, semua subjek. Ini contoh Matematik Tahun 1 (credit to cikgu Mohd Fadhli). Tahun 1 sudah kena bina ayat, padahal anak-anak masih terkial-kial nak menulis nama sendiri.
Mak rasa? Berbaloi ke 2 murid maju di depan? Tetapi 30 lagi ketinggalan di belakang?
Mak, nak mengajar itu senang, nak beri faham itu sukar, nak pupuk minat itu sulit.
Cikgu sebagai pelaksana dasar paling bawah, mentimun, bukan musang king. Andai keputusan ujian anak kurang menyenangkan hati, usah dituduh cikgu makan gaji buta, usah dikata cikgu tak pandai mengajar, masa cikgu sudah habis ‘dicuri’.
Kemenjadian murid bermula di rumah. Aktifkan suara ibu bapa pada musang king kerana ibu bapa ibarat opet. Hanya opet yang suka makan musang king. Mentimun kalau bersuara, sila-silap kena lenyek.
Anak saya di Pra Sekolah pun dah ada latihan begini. Saya cikgu, tapi saya juga ibu. Risau, sedih dan keliru.
Mak, bagi soalan matematik seperti contoh pada post saya ini, nama tajuknya number bond. Ini kaedah bagi memudahkan anak mengira berbanding kaedah biasa yang kena bawa ke depan itu. Dengan kaedah number bond ini, nombor itu dikecilkan.
Saya setuju kaedah ini sebenarnya lebih mudah. Bila anak dah menguasai pelengkap nombor 5 dan 10. Maksudnya, semasa usia 5-6 tahun, anak sudah tahu apa kombinasi nombor yang boleh menghasilkan jumlah 5 dan 10.
- 1+4=5
- 2+3=5
- 5+0=5
- 1+9=10
- 2+8=10
- 3+7=10
- 4+6=10
- 5+5=10
- 10+0=10
Ajar anak untuk mahir cerakinkan nombor puluh dan sa. 24 = 20 + 4. Jika anak tak mahir dengan kombinasi nombor ini, sukarlah jua bagi mereka menjawab soalan number bond. Naik darjah 1 terus dapat soalan begini, risau minat mereka terus terpadam. Jadi, saya seru mak-mak yang hebat semua mulakan di rumah. Ingat, kemenjadian murid bermula di rumah.
Ya, yang hantar di tadika hebat, saya yakin topik ini sudah ada dalam silibus mereka. Tetapi untuk yang kurang mampu, ini tipsnya. Biarlah sama-sama mendaki puncak, bukan berpisah dua di depan, 10 di belakang. Mak jangan stress, jangan jadi naga. Anak-anak perlukan sokongan kita.
Sumber
‘Silibus semua subjek Tahun 1 semakin sukar, padahal anak-anak masih terkial-kial nak tulis nama sendiri’
Related Posts :
“Mar4h vet ke tu”- Aks1 Kucing ‘Mengadu’ Pada Tuan Lepas Kena Sunt1k Buat Ramai Ger4mIndividu yang pelihara haiwan seperti kucing atau anjing mesti tahu kan bahawa binatang kesayangan korang tu perlu disuntik vaks1n untuk kes… Read More...
Guru gigih angkut ‘white board’ ke atas bumbung, landasan kereta api… percaya caranya mampu bantu murid pandai bahasa InggerisSEIRING peredaran zaman, para pendidik tampil dengan pelbagai pendekatan kreatif dalam usaha menarik minat pelajar.
Tidak terkecuali tentuny… Read More...
Adam’s Family Kena Pindah Sebab Kontrak Rumah Tak ‘Renew’, Tahu Jiran Buat Aduan Dengan Pemilik – ‘Tak Semua Orang Boleh Terima Individu Aut1stik’Bagi yang mengikuti perkembangan di akaun media sosial semestinya kenal dengan Adam’s family.
Anak kedua dalam keluarga ini, Adam, 20, mengh… Read More...
Ekin Tertek4n Ramai Spekulasi Rumah Tangga Goy4h Kerana Tak Hadir Pelancaran Filem MawiTerus menerus diasak dengan pertanyaan mengenai hubungan rumah tangganya dengan Mawi, Ekin Rahmat mengakui emosinya terganggu serta mengalam… Read More...
Aku Dah Lama Sabar, Jumpa Kau Di Mahk4mah!, Kata Puteri Sarah liyanaBaru-baru ini pelak0n cantik, Puteri Sarah Liyana ada memuat naik di media sosialnya berkenaan tind4kannya yang bakal mengambil tind4kan und… Read More...
0 Response to "‘Silibus semua subjek Tahun 1 semakin sukar, padahal anak-anak masih terkial-kial nak tulis nama sendiri’"
Post a Comment