SEIRING peredaran zaman, para pendidik tampil dengan pelbagai pendekatan kreatif dalam usaha menarik minat pelajar.
Tidak terkecuali tentunya Mohamad Asraf Fauzi yang sanggup ‘menebalkan muka’ demi menghasilkan video pembelajaran subjek bahasa Inggeris untuk anak didiknya.
Mahu tampil berbeza, guru berusia 26 tahun itu membuat rakaman video pengajaran subjek berkenaan di lokasi-lokasi yang tidak masuk akal seperti di atas bumbung bangunan, kawasan air terjun, pantai dan macam-macam lagi.
“Saya dah hampir tiga tahun bergelar guru. Selain mengajar di sebuah sekolah rendah di Kelantan, saya juga mengajar bahasa Inggeris untuk kelas tuisyen.
“Saya hasilkan video-video tersebut untuk menarik perhatian pelajar tuisyen saya. Selain atas bumbung bangunan dan kawasan semulajadi, saya juga pernah angkut papan putih dan buat video mengajar berhampiran landasan kereta api.
“Sebelum ini saya buat video mengajar dalam pejabat. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya mula hasilkan content yang berbeza,” ujarnya yang mengambil inspirasi daripada guru matematik viral, Fathi Hussein.
Senang disapa Asraf, guru yang berasal dari Terengganu itu mengakui tidak kisah dengan pandangan umum, sebaliknya memberanikan diri demi menghasilkan video menarik untuk murid-muridnya.
View this post on Instagram
Selain Instagram, video-video Asraf boleh diakses menerusi saluran Telegram.
“Bagi saya, saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya tak kisah sekiranya ada yang menghakimi tindakan saya buat video di tempat-tempat tersebut. Tapi Alhamdulillah, setakat ini tiada siapa yang komen negatif.
“Ia tidak merumitkan atau membebankan saya, setiap kali pergi ke mana-mana atau pergi bercuti, saya akan bawa papan putih. Niat buat content pun bukanlah sebab nak kejar untung, tapi saya nak bantu pelajar,” ujarnya lagi.
Kita kena cuba dan gagal dan cuba lagi. Tak kisah jika ada yang meng3jek, hiraukan saja. Jadikan ejekan orang sebagai pembakar semangat.
ASRAF
Menurut Asraf, dia melihat pendekatan itu sangat relevan dengan dunia moden yang mana setiap orang bagaikan tidak dapat berenggang dengan media sosial.
Dengan penghasilan video pembelajaran yang dikongsi menerusi Instagram, TikTok dan saluran Telegram, ia sekali gus memudahkan akses murid-murid tanpa mengira masa dan lokasi.
“Biasanya saya akan kongsikan video di Instagram Story, kemudian saya buat kuiz. Kaedah ini memudahkan murid-murid saya. Ketika lepak di kedai pun mereka boleh tonton dan jawab kuiz.
“Saya juga biasanya buat video dalam 60 saat kerana pelajar sekarang cepat bosan. Saya sebagai cikgu kena cari pendekatan untuk bagi mereka faham sesuatu topik dalam masa 60 saat,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Asraf turut menitipkan pesan kepada golongan pelajar agar tidak takut untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.
Antara video yang dikongsi di Telegram.
Ujarnya, tiada siapa yang dilahirkan bijak, malah proses untuk belajar akan sentiasa berterusan sehinggalah mereka dapat bertutur dengan baik dalam bahasa itu.
“Pada saya, bahasa Inggeris akan jadi susah kalau kita yang ‘buat’ susah. Saya sebagai pendidik tak kisah kalau tatabahasa kamu salah. yang penting kita dapat faham apa yang hendak disampaikan.
“Saya biasanya akan ajar bahasa Inggeris secara dwi-bahasa. Ajar dalam bahasa Inggeris, tapi saya akan terangkan dalam bahasa Melayu. Jadi, ia akan mudahkan murid-murid untuk lebih faham.
“Kena ingat juga, dalam dunia ini tiada siapa yang sempurna. Kita kena cuba dan gagal dan cuba lagi. Tak kisah jika ada yang meng3jek, hiraukan saja. Jadikan ejekan orang sebagai pembakar semangat.
“Tak semua orang lahir-lahir terus pandai. saya sendiri belajar dari kosong. Yang penting, jangan pernah takut untuk mencuba,” ujarnya lagi.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : mStar
Sumber: Sinar Viral
0 Response to "Guru gigih angkut ‘white board’ ke atas bumbung, landasan kereta api… percaya caranya mampu bantu murid pandai bahasa Inggeris"
Post a Comment