6 Nasihat Bisnes Startup Daripada Sheryl Sandberg, COO Facebook.

#1- Fokus Pada Startup Dengan 1 Matlamat Sahaja Pada Satu Masa.

Semasa nak mulakan bisnes, matlamat utama adalah untuk mendapatkan model bisnes yang keuntungan dan dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang.

Semakin cepat anda dapat cari model bisnes sebegini, semakin cepat matlamat anda untuk menjana keuntungan dan mencipta kejayaan.

Fokus kepada syarikat dengan mencari tahu apa yang pelanggan inginkan. Kemudian terjemahkan kepada idea bisnes yang mendatangkan pulangan.

#2- Uji Produk Atau Servis Anda Sebelum Bermula.

Banyak kali kita dah dengar yang orang pesan buat produk atau servis ikut kehendak pelanggan bukan kehendak sendiri. Sheryl Sandberg juga mempunyai pendapat yang sama.

Menurut beliau cara terbaik untuk jual produk secara efektif adalah dengan menggunakan pendekatan saintifik. Nilai kualiti produk dan servis yang kita tawarkan boleh dinilai apabila kita cuba tawarkan kepada pelanggan yang berpotensi dan lihat bagaimana reaksi mereka.

Lagi elok jika sebelum kita lancarkan produk kita buat kaji selidik dahulu untuk tahu kesuaian produk kita dengan kehendak pelanggan. Buat pengubahsuaian daripada apa yang pelanggan mahukan secara majoriti.

#3- Bina Produk Prototaip.

Jangan cipta produk atau tawarkan servis secara meluas sebelum terbukti keberkesanannya pada pelanggan. Jangan dah keluarkan dahulu produk beratus-ratus kemudian baru nak test.

Buat satu produk prototaip dahulu kemudian beri kepada pelanggan untuk mencubanya dan seterusnya. Jika majoriti menerima dan menyukainya maka bolehlah bergerak dengan langkah yang seterusnya.

#4- Guna Ujian Produk Yang Berasingan.

Untuk mengetahui produk atau servis yang mana paling disukai oleh target pelanggan mungkin agak sukar untuk mengukurnya kerana setiap pelanggan ada citarasa yang berbeza dan mungkin menyukai dan juga sebaliknya pada elemen atau ciri-ciri yang berbeza pada produk kita.

Kita mungkin tidak dapat memberikan semua elemen terbaik yang pelanggan mahukan dan ia bersifat subjektif. Kita kena juga fikirkan kos pembuatan secara keseluruhan. Sebaiknya, anda reka 2 atau 3 produk atau servis dengan elemen kelainan yang berbeza.

Beri pilihan alternatif kepada pelanggan dan biar mereka berikan komen dan lihat versi mana yang mereka pilih dan ambil tahu mengapa.

Daripada sini, ia akan bantu anda untuk menilai semula produk dan servis anda sebelum dilancarkan. Mungkin anda juga boleh mendapat idea baru daripada pelanggan untuk penambahbaikan.

#5- Bersedia Untuk Bermula Semula

Setelah melakukan percubaan ujian, jika responnya tidak sebaik yang anda sangka, anda harus bersedia untuk berpatah balik dan bermula semula. Tidak ada guna jika produk dan servis anda tidak mendapat sambutan jika terus diusahakan kelak.

Memang idea kita mungkin kedengaran bagus atau kita sendiri rasa itu adalah buah fikiran yang bagus. Mungkin bagus pada kita tetapi tidak pada orang lain.

Mungkin bagus secara teori tapi bukan secara praktikal. Kena nilai balik matlamat kita, pelanggan kita, medium operasi bisnes kita termasuk pemasaran.

Nak berpatah balik bukan senang, apatah lagi jika kita sudah rancangkan dan bayangkan macam-macam yang akan berlaku di masa hadapan.

Tetapi itulah yang sebaiknya daripada rugi dikemudian hari. Banyak startup berjaya sudah melalui proses yang sama. Ingatkan pada diri, berpatah balik dan bermula semula bukan patah hati dan undur diri.

#6-Tumpukan Perhatian Kepada Pelanggan Sedia Ada

Memang bila startup bermula, kita nak segera kembangkan perniagaan. Pelanggan mungkin bertambah dan kita teruja nak cari pelanggan baru. Kita mungkin nak berbelanja untuk marketing dan sebagainya.

Nanti dulu, jangan terburu-buru. Sebagai startup, situasi kewangan kita belum cukup kukuh. Tumpukan dahulu pada pelanggan yang sedia ada, mereka ini yang akan bantu kukuhkan startup anda dan buat promosi dari mulut ke mulut secara percuma jika anda jaga mereka dengan baik.

Kalau mutu produk atau servis terjaga, mutu layanan pelanggan juga pada tahap yang terbaik, mereka akan bantu viralkan perniagaan anda secara percuma.



Sumber 6 Nasihat Bisnes Startup Daripada Sheryl Sandberg, COO Facebook.

0 Response to "6 Nasihat Bisnes Startup Daripada Sheryl Sandberg, COO Facebook."

Post a Comment