4 Mitos Online Yang Peniaga Silap Percaya Dalam Bisnes

Berapa ramai di antara kita buka bisnes, guna strategi pemasaran online dengan pelbagai cara tetapi hasilnya kerugian dan kegagalan. Jangan ingat belajar daripada Google, tiru cara online marketing orang lain, pergi kelas online sekali dua terus berjaya.

Antara sebab kita gagal dalam pemasaran online adalah kerana terlau percaya dan mengikut mitos yang salah mengenai strategi pemasaran online yang kita baca dan dengar. Berikut adalah mitos online yang anda harus buang dalam kamus perniagaan anda.

 #1-Pelanggan Akan Beli Jika Produk Murah.

Orang selalu ingat kalau produk atau servis murah maka, orang akan beli dan promosi mulut-ke-mlut akan berlaku dengan aktif. Strategi ini hanya sia-sia kalau pelanggan tidak tahu akan kewujudan anda. Pengguna harus tahu mengenai perniagaan anda dan sedar kewujudan jenama anda.

Mungkin harga yang anda tawarkan lagi rendah daripada yang ditawarkan oleh laman online terkemuka seperti Lazada, Zalora dan sebagainya akan tetapi jumlah ‘order’ anda mungkin tidak sebanyak yang diharap.

Mungkin sambutan seperti Krik Krik Aznil Nawawi hanya kerana anda tidak pandai menjual nama perniagaan anda diingatan dan di penglihatan pelanggan.

Anda perlu cipta kesedaran dalam kalangan pelanggan tentang produk anda dengan menggunakan taktik asas pemasaran ‘online’. Anda juga perlu membina rasa percaya pengguna terhadap produk anda dan bergantung kepada tawaran harga murah semata-mata.

Kalau strategi anda hanyalah bergantung semata-semata pada harga, anda sebenarnya merisikokan perniagaan anda kerana kita tidak boleh selalu bagi harga murah pelanggan.

Persaingan dalam perniagaan ‘online’ bukan hanya mengenai harga akan tetapi kerana segmentasi jenama bisnes kita. Pembeli akan memilih kita kerana kita merupakan pilihan terbaik mereka, bukan hanya semata mata harga yang murah.”

#2- Tarik Seramai Mungkin Pelawat ke Laman Web.

Kadang-kadang kita habiskan banyak duit hanya untuk tarik pelawat berkunjung ke page kita sebab kita rasa dengan cara itulah bisnes kita akan maju.

Terdapat perbezaan besar antara mendapat trafik dan mendapat trafik ‘yang betul’ untuk laman web anda sebenarnya. Mana satu yang lebih baik sama ada mendapatkan 200 pengunjung sasaran, di mana 30 daripadanya menjadi prospek, atau 900 pelawat, di mana hanya 5  daripadanya yang menjadi prospek?

Klik ‘like’ atau ‘follow’ atau jumlah trafik yang beratus ribu tidak akan menjamin produk anda terjual. Mempunyai beratus-ratus ribu pelawat ke laman web anda bukan penentu transaksi jual-beli akan berlaku.

Tidak kira apa jua produk atau servis yang di jual, anda perlu memiliki target audience yang betul yang melawat laman web anda untuk mendapatkan jualan.

#3-Produk Anda Tidak Perlukan Pemasaran.

Jangan mudah rasa bangga dengan produk bisnes sendiri. Memang kita akan rasa teruja dengan idea bisnes kita yang jadi realiti.

Kita fikir, ambil gambar dengan caption, upload terus laku dan dapat banyak permintaan. Ia bukanlah satu pelan pemasaran jika anda mempunyai jangkaan-jangkaan perniagaan seperti di atas.

Walaupun internet merupakan medium terbaik dan adakalanya menjadi medium pemasaran yang murah untuk memperkenalkan syarikat dan produk anda kepada dunia luar, namun harus diingat bahawa anda sedang bersaing dengan berjuta lagi syarikat yang lebih bagus di luar sana.

Syarikat Apple contohnya ketika mula-mula ingin memasarkan iPhone terpaksa membelanjakan berjuta-juta ringgit hanya untuk tujuan pemasaran. Fikirkan caranya yang akan membuatkan pelanggan bukan sekadar singgah tetapi tinggalkan duit sekali.

#4-Kita Perlu Guna Media Sosial Semaksima Yang Mungkin.

Tidak semua perniagaan perlukan media sosial sebagai medium pengiklanan dan promosi syarikat. Tidak semestinya syarikat lain ada akaun media sosial maka anda rasa perlu lakukan perkara yang sama.

Bukanlah salah akan tetapi tengok keutamaan. Saluran media sosial bukan sahaja memiliki audien sasaran anda, malah mereka menghabiskan banyak masa di media sosial. Jadi, ia bermaksud peluang perniagaan yang lebih tinggi.

Tetapi, jika memiliki terlalu banyak saluran media sosial hanya akan membazir masa dan tenaga yang berharga. Fikirkan platform media sosial manakah audien sasaran anda gunakan dengan aktif dan fokus kepada saluran tersebut.

Poskan perkara-perkara yang perlu dan berkaitan dengan syarikat, produk dan informasi yang berguna kepada pelanggan sebagai strategi perniagaan anda.



Sumber 4 Mitos Online Yang Peniaga Silap Percaya Dalam Bisnes

0 Response to "4 Mitos Online Yang Peniaga Silap Percaya Dalam Bisnes"

Post a Comment