Filem terbaru Shia LaBeouf terjual hanya satu tiket

“TAYANGAN perdana filem ‘Man Down’ patut masuk Guinness World Record,” kata seorang penganalisis media di ComScore, Paul Dergarabedian.

Filem terbaru Shia LaBeouf terjual hanya satu tiket

Filem terbaru Shia LaBeouf terjual hanya satu tiket

‘Man Down’ adalah sebuah filem bertemakan peperangan yang dibintangi pelakon yang semakin malap cahayanya, Shia LaBeouf.

Menurut laporan Variety, tayangan perdana filem berkenaan hanya memungut keuntungan AS$8 (RM35) di United Kingdom, Britain untuk tempoh satu minggu.

Ia bersamaan dengan dengan hanya satu tiket terjual sepanjang temph berkenaan.

Selepas menyinar dalam filem blockbuster seperti Transformers dan Indiana Jones, Shia membuat keputusan untuk lebih aktif dalam projek indie.

Usaha beliau bagaimanapun gagal mencapai tahap pecah panggung mahupun menerima kritikan dan pujian yang bernas.

Kelakuan sebenar Shia di belakang layar juga ‘membantu’ memalapkan lagi bakatnya.

Shia seringkali ditahan polis dan selalunya ia berkait dengan masalah alkohol dan tahun lepas, beliau ditangkap kerana protest anti pemerintahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Selebriti lain yang terlibat dengan projek indie seperti Emma Watson yang popular dengan francais file Harry Potter juga menerima padahnya.

Filem prokej indie Emma, The Colony menerima banyak kritikan negatif tahun lepas dan memungut kutipan yang kecil.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Filem terbaru Shia LaBeouf terjual hanya satu tiket

Related Posts :

0 Response to "Filem terbaru Shia LaBeouf terjual hanya satu tiket"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect