Bekas suami kata hanya patut dapat RM49.9 juta, namun bekas Miss Malaysia berjaya tuntut RM354 juta

Pengerusi bukan eksekutif Laura Ashley diarah mahkamah di sini supaya membayar £64 juta (RM354 juta) kepada bekas isterinya yang juga bekas ratu cantik Miss Malaysia.

Bekas suami kata hanya patut dapat RM49.9 juta, namun bekas Miss Malaysia berjaya tuntut RM354 juta

Bekas suami kata hanya patut dapat RM49.9 juta, namun bekas Miss Malaysia berjaya tuntut RM354 juta

Selepas mengambil kira bukti yang dikemukakan ketika perbicaraan di Mahkamah Tinggi di London, Hakim Bodey mengumumkan pakej bernilai £64 juta (RM354 juta) itu untuk Pauline Chai, 70, termasuk wang tunai dan hartanah.

Terdahulu, Pauline yang dinobatkan Miss Malaysia pada 1969 meminta kira-kira £100 juta (RM553 juta) daripada bekas suaminya, Khoo Kay Peng, 78, apabila perkahwinan mereka berakhir selepas 42 tahun.

Bagaimanapun, Kay Peng berkata, Pauline hanya layak menerima £9 juta (RM49.9 juta) sahaja.

Selepas perbicaraan itu, Pauline mengucapkan terima kasih kepada pasukan guamannya.

 

Pauline dan Kay Peng yang berasal dari Malaysia berkahwin pada 1970 dan dikurniakan lima cahaya mata.

Mahkamah diberitahu, mereka sudah membelanjakan lebih £9 juta (RM49.8 juta) untuk bayaran guaman sejak berpisah.

Sebelum ini, mereka juga tidak dapat bersetuju jika pembahagian harta itu dikendalikan di mahkamah England atau Malaysia dan melancarkan tindakan undang-undang di kedua-dua negara.

Kay Peng yang berpangkalan di Malaysia mendakwa kediaman mereka di Malaysia dan keputusan pembahagian harta dan wang perlu dikendalikan di Malaysia.

Dia mendakwa Pauline hanya ingin mengadakan perbicaraan di England untuk mendapat jumlah yang lebih banyak.

Namun, Pauline berkata, mereka berpindah di Berkhamsted di England sebelum berpisah dan hal penceraian sepatutnya dikendalikan di mahkamah England.

Keputusan lokasi pengendalian kes itu berpihak kepada Pauline susulan arahan tiga hakim Mahkamah Rayuan di London pada Disember 2015.

Sumber: Metro



Sumber Bekas suami kata hanya patut dapat RM49.9 juta, namun bekas Miss Malaysia berjaya tuntut RM354 juta

Related Posts :

0 Response to "Bekas suami kata hanya patut dapat RM49.9 juta, namun bekas Miss Malaysia berjaya tuntut RM354 juta"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect