KUALA LUMPUR: Pelbagai persoalan ditimbulkan netizen dalam isu penahanan seorang pelakon filem
KL Gangster bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.
Rata-rata memberikan komen semasa melihat pelakon itu seolah-olah berlakon menjual sayur dan berteriak "Sayur, sayur satu kilo 3 4 ribu maaa".
Netizen juga menghangatkan alam maya dengan pelbagai spekulasi terhadap suspek yang juga berlakon dalam filem Man Laksa itu ditahan selepas hadir ke Balai Polis Mutiara Damansara bagi membantu siasatan berhubung satu laporan yang dibuat ke atasnya.
Pelakon itu kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Pelakon yang berusia 48 tahun itu sebelum ini ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 11 malam pada Selasa selepas dia hadir bagi memberi keterangan berhubung satu laporan polis yang dibuat ke atasnya.
Penahanannya mendapat reaksi netizen yang membangkitkan persoalan 'semangat persahabatan'.
BACA: Pelakon filem KL Gangster direman tiga hari
BACA: Berkelakuan ganas, Farid Kamil dakwa 3 rakan artis masukkan dadah dalam minuman?
Sebelum ini, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil membuat laporan polis selepas mendakwa dirinya dianiaya tiga rakan artis yang mencemarkan minumannya dengan dadah sehingga berkelakuan ganas di balai polis bulan lalu.
Dalam satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di Petaling Jaya pada 31 Jan 2018, Farid juga mendakwa telah dikasari ke atasnya semasa ditahan reman.
Sumber
Netizen hangatkan isu pelakon laung 'sayur, sayur satu kilo 3 4 ribu maaa'
Related Posts :
“Dalam Bas Saya Akan Bagi Makanan & Test Kit Cov1d-19,” – Siap Sedia Tempah 3 Bas, Hafiz Mahamad Nak Sponsor Orang Ramai Balik KampungUsahawan dan personaliti media sosial, Hafiz Mahamad memaklumkan dirinya berbesar hati menaja mereka yang kurang berkemampuan untuk pulang k… Read More...
[VIDEO] Baru Masuk Kampus, Student Pan1k Diterj4h Monyet -“Pandai Buka Tingkap Sendiri”Keterujaan musim kembali ke Universiti setelah beberapa ketika ianya ditutup disebabkan penul4ran pandemik cov1d 19 membuatkan ramai pelajar… Read More...
“Hadiah Besar Yang Tidak Ternilai Harganya Daripada Allah,” – Hamil Setelah 2 Tahun Menanti, Siti Badriah Rasa Seperti Tak PercayaSetiap pasangan yang bersatu dalam ikatan perkahwinan pasti mengimpikan rumah tangga mereka diserikan dengan gelak tawa cahaya mata sebagai … Read More...
[VIDEO] Tengah Syok Guna, Netizen Turut Speechless Tengok Drone Baru Kena ‘Remb4t’ Dengan HelangBayangkan tengah syok-syok rakam video guna drone, baru beli pula tu, tiba-tiba kena curi, mesti rasa ‘sakit’ kan? Lagi ‘sakit’ kalau kena c… Read More...
[VIDEO] “Suara Pun Tak Cam,” Hampir Setahun Tak Jumpa, Ibu Seb4k Anak Buat KejutanSekian lama memendam rasa rindu terhadap insan tersayang, akhirnya kita semua sudah dibenarkan untuk merentas negeri dan berjumpa dengan kel… Read More...
0 Response to "Netizen hangatkan isu pelakon laung 'sayur, sayur satu kilo 3 4 ribu maaa'"
Post a Comment