Seorang wanita Thailand yang mendakwa dirogol pegawai Imigresen Malaysia di Melaka, memberitahu wakil Kedutaan Diraja Thailand di Malaysia yang menemuinya, kejadian itu tidak berlaku.
Wanita Thailand yang dakwa dirogol pengawai Imigresen Malaysia kini menafikan pula kejadian itu berlaku
Menurut Kementerian Luar Thailand, wanita itu menafikan berlakunya serangan seksual seperti didakwa serta dakwaan menggunakan bilik berasingan untuk mengambil keterangan.
“Kedutaan Diraja Thailand (di Malaysia) dimaklumkan oleh wanita itu bahawa tidak berlaku serangan seksual serta soal siasat tertutup di bilik berasingan seperti dilaporkan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Pegawai daripada kedutaan itu melawat wanita berkenaan pada 23 Mac lalu.
Menurut kementerian itu, wanita berkenaan dan tiga rakan senegaranya sudah dipindahkan ke pusat perlindungan wanita di Johor mengikut perintah yang dikeluarkan mahkamah bagi undang-undang anti pemerdagangan manusia di Malaysia.
Sebelum ini, wanita berusia 32 tahun itu mendakwa seorang pegawai Imigresen di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo merogolnya ketika pegawai berkenaan mencatat keterangannya pada 9 Mac lalu.
Berikutan dakwaan itu yang dilaporkan di media Malaysia, polis Melaka menahan pegawai Imigresen berkenaan di pejabatnya Jumaat lalu, dan direman tiga hari.
Bagaimanapun, hari ini pegawai itu dibebaskan dengan jaminan polis apabila tempoh tahanan remannya berakhir selepas Majistret Nor Azizah Yusof di Mahkamah Alor Gajah tidak membenarkan tahanan remannya disambung.
Sumber: Metro
Sumber Wanita Thailand yang dakwa dirogol pengawai Imigresen Malaysia kini menafikan pula kejadian itu berlaku
0 Response to "Wanita Thailand yang dakwa dirogol pengawai Imigresen Malaysia kini menafikan pula kejadian itu berlaku"
Post a Comment