“Hang tu baik belajaq rukun tetangga, keluar rumah pakai tuala, pi berjalan merata dengan baju tak pakai, kalau terlondeh macam mana?” – Tindakan Jamal Md Yunos suruh Tun M belajar rukun negara makan diri

SHAH ALAM – Saranan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali agar kembali mempelajari rukun negara seakan-akan memakan dirinya sendiri.

"Hang tu baik belajaq rukun tetangga, keluar rumah pakai tuala, pi berjalan merata dengan baju tak pakai, kalau terlondeh macam mana?" - Tindakan Jamal Md Yunos suruh Tun M belajar rukun negara makan diri

“Hang tu baik belajaq rukun tetangga, keluar rumah pakai tuala, pi berjalan merata dengan baju tak pakai, kalau terlondeh macam mana?” – Tindakan Jamal Md Yunos suruh Tun M belajar rukun negara makan diri

Netizen rata-rata bangkit mempertahankan tindakan Mahathir di laman media sosial.

Pengguna Facebook, Pyjan Ans meminta agar Jamal terlebih dahulu belajar tentang ‘rukun’ sebelum nasihat orang.

“Hang tu baik belajaq rukun tetangga, keluar rumah pakai tuala, pi berjalan merata dengan baju tak pakai, kalau terlondeh macam mana?” tulisnya.

Turut menyokong merupakan pengguna Facebook, Nasam Ismail.

“Dalam rukun tetangga tak kata jangan pulangkan pingat pun, sengaja je bawa isu ini hingga libatkan pihak Istana, perlembagaan dan ke arah aktiviti menghasut,” tulisnya pula.

Ada juga yang memerli Jamal dengan bertanyakan berapa kali beliau sudah ‘check in’ lokap seperti pengguna Facebook, Wadeey.

“Cuma nak tanya, Tun berapa kali masuk penjara? Jamal pulak? Jadinya siapa yang patut belajar rukun negara?” soalnya.

Dalam pada itu, pengguna Facebook, Mediacar hormati tindakan Mahathir yang mempunyai pendirian tetap.

“Aku ‘tabik’ Tun sebab sanggup serah semula pingat itu, bukan macam orang sebelah sana, dah orang tak suka masih lagi syok sendiri,” tulisnya.

Sementara itu, ada juga yang menyuruh agar Jamal mempelajari Rukun Iman dan Islam terlebih dahulu.

“Rukun Iman dan Islam dah fahamkan betul-betul tak? Rukun Negara tu ciptaan manusia sahaja sedangkan dua rukun tu kita tidak boleh sesuka hati ubah ye Jamal,” tulisnya.

Jamal sebelum ini meluahkan rasa kecewanya apabila tindakan Mahathir dan Siti Hasmah memulangkan semula pingat Kebesaran Selangor dilihat sebagai biadab dan tidak menghormati Institusi Diraja.

Pengerusi Gabungan NGO Selangor, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, Pengerusi Pakatan Harapan itu, dan isterinya perlu kembali ke alam persekolahan rendah bagi mempelajari tentang Rukun Negara.

Turut terkena tempias adalah bekas Menteri Datuk Seri Zaid Ibrahim.

 Sumber: Sinar


Sumber “Hang tu baik belajaq rukun tetangga, keluar rumah pakai tuala, pi berjalan merata dengan baju tak pakai, kalau terlondeh macam mana?” – Tindakan Jamal Md Yunos suruh Tun M belajar rukun negara makan diri

Related Posts :

0 Response to "“Hang tu baik belajaq rukun tetangga, keluar rumah pakai tuala, pi berjalan merata dengan baju tak pakai, kalau terlondeh macam mana?” – Tindakan Jamal Md Yunos suruh Tun M belajar rukun negara makan diri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect