KUALA LUMPUR: Pemilihan Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang baharu bakal mencorakkan semula sukan itu di negara ini.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata ia boleh dilihat menerusi visi dan misi yang dijelaskan Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi kempen yang dijalankannya untuk jawatan tertinggi badan induk bola sepak negara.
"Saya ucapkan tahniah kepada TMJ atas kemenangannya sebagai Presiden FAM. Saya yakin Tunku Ismail mempunyai visi dan lebih penting lagi keupayaan yang tinggi untuk mencorak masa depan bola sepak negara," kata Khairy kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata demikian selepas menjadi antara anggota panel dalam forum "Delivering Promises: The Malaysia Case Study" di sini hari ini.
Tunku Ismail beroleh kemenangan selepas pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa, yang juga Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, mengambil keputusan menarik diri daripada perebutan jawatan tertinggi itu.
Sumber
Tunku Ismail mampu corak masa depan bola sepak Malaysia - Khairy
Related Posts :
“2 rumah untuk dia setiap tahun aku reservekan sebagai pengganti aku memusnahkan impian dia yang ingin bekerjaya selepas tamat belajar” – Para suami patut tiru cara lelaki ini menghargai isteri!4 tahun yang lalu,
Aku melamar kawan baik aku di zaman Universiti menjadi isteri aku,
“2 rumah untuk dia setiap… Read More...
Video: Budak UPNM tak malu tayang aset di Bigo Live tanpa rasa bersalah, siap ketawaGELENG kepala kami melihat saban hari ada saja video-video gadis muda berkelakuan tidak senonoh di ruang awam seperti aplikasi Bigo Live, We… Read More...
"14 tahun tanpa zuriat, tidak pernah saya marah, sedih atau terkilan" - Mark Adam
BIARPUN sudah 14 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Mark Adam, 38, dan Nor Azad Redzuan, 38, bersedia untuk menerima anak angkat.
Jika… Read More...
Alam Sedang Merintih Terseksa Dalam Filem mother!
mother! arahan Darren Aronofsky menampilkan Jennifer Lawrence, Javier Bardem, Ed Harris dan Michelle Pfeiffer merupakan sebuah psychologica… Read More...
Kebakaran Mid Valley: Karl Shafek kongsi detik panik, bunyi siren disangka 'fire drill'
PELAKON dan pengacara Karl Shafek terkejut dan panik apabila terperangkap di dalam pusat beli-belah Mid Valley ketika kebakaran berlaku mal… Read More...
0 Response to "Tunku Ismail mampu corak masa depan bola sepak Malaysia - Khairy"
Post a Comment