Suri rumah tampar cikgu kerana cubit anaknya dipenjara 6 bulan dan didenda RM2000

Seorang suri rumah dipenjara enam bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Jawi di sini hari ini, selepas didapati bersalah menampar muka seorang guru pada Februari tahun lalu.

Suri rumah tampar cikgu

Suri rumah tampar cikgu

Wanita berkenaan, Tan Seow Yen, 26, kelihatan tenang dan masih mampu tersenyum sebaik Majistret Shamshol Azwa Martadza membacakan keputusan selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Tertuduh didapati bersalah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang guru perempuan berusia 39 tahun dengan menampar muka mangsa selepas mendakwa anaknya dicubit wanita berkenaan pada 2 Februari 2015.

Ibu kepada tiga anak berusia lapan, 10 dan 14 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan diperintah menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan, manakala suri rumah itu diwakili peguam, Mohd Ismail Mohamed

fiq Nazrin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum sebagai pengajaran kepada masyarakat berikutan tindakan tidak bermoral tertuduh yang juga sebelum ini enggan menerima tawaran menyelesaikan kes di luar mahkamah.

Info

Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

 

Sumber: BH Online



Sumber Suri rumah tampar cikgu kerana cubit anaknya dipenjara 6 bulan dan didenda RM2000

0 Response to "Suri rumah tampar cikgu kerana cubit anaknya dipenjara 6 bulan dan didenda RM2000"

Post a Comment