Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan gagal mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Dato Vida didenda RM500
Hasmiza membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Siti Hanum Mohamad Sah.
Dia didakwa gagal mengemukakan Borang B bagi tahun taksiran 2011 walaupun notis akhir mengikut Seksyen 78 (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 sudah diserahkan kepadanya.
Siti Hanum kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM500 dan penjara dua hari jika gagal membayar denda berkenaan.
Hasmiza kemudiannya membayar denda berkenaan dan berjanji akan mengemukakan Borang B taksiran tahun 2011 dalam tempoh sebulan dari tarikh jatuh hukum.
Sumber: BH Online
Sumber Dato Vida didenda RM500 dan penjara 2 hari jika gagal bayar
0 Response to "Dato Vida didenda RM500 dan penjara 2 hari jika gagal bayar"
Post a Comment