Pelakon jelita Maya Karin menggesa perbalahan isu heroin dalam filem Munafik 2 dihentikan kerana ia tidak mempunyai persamaan langsung.
“Saya Sakinah, watak Nabila Huda sudah mati dalam Munafik sebelum ini, nak buat macam mana? Sudah mati, matilah” – Maya Karin
Maya, 37, berkata tiada isu pertindihan watak kerana beliau membawakan watak Sakinah sedangkan watak Maria yang dilakonkan Nabila Huda sudah dimatikan sebelum ini.
“Saya membawa watak Sakinah sebagai ibu tunggal yang mempunyai masalah dan memerlukan pertolongan daripada Ustaz Adam.
“Jangan guna perkataan saya mengganti sebab saya tidak menggantikan dia. Nabila ada watak dia sendiri. Saya ada watak saya sendiri.
“Tak ada kena mengena. Jika filem Lagenda Budak Setan, ya, saya menggantikan Fazura. Saya ambil watak yang dia berlakon.
“Tetapi tidak dalam filem ini. Nabila dan saya watak berlainan. Watak dia sudah mati dalam Munafik sebelum ini, nak buat macam mana? Sudah mati, matilah,” katanya kepada ProjekMMO.
Watak Maria semasa dirasuk membuatkan penonton berdebar menanti kejutan demi kejutan aksi rasukan wanita itu. ― Foto ihsan Skop ProductionsPengarah Munafik awal bulan ini mengumumkan tidak mengekalkan Nabila walaupun anak Amy Search itu dinobatkan sebagai pelakon terbaik menerusi naskhah itu.
Syamsul Yusof berkata Nabila bukanlah “penanda aras” kejayaan Munafik yang mengutip RM19 juta tahun lalu.
“Skrip dan pengarahan adalah penanda aras filem ini. Kekuatan sesebuah filem bukan terletak kepada seorang pelakon saja.
“Ia terbukti dengan lambakan filem tidak laku walaupun dibintangi pelakon terkenal.
“Saya tidak terkejut pun dengan keputusan ini kerana saya juga yang menulis skripnya.
“Watak Maria [lakonan Nabila] memang sudah dimatikan dan tidak boleh disambung,” kata Syamsul, penulis skrip filem tersebut, kepada Harian Metro.
Selain pelakon wanita terbaik, Munafik menggondol anugerah filem terbaik nasional, pengarah terbaik dan penyunting terbaik di Festival Filem Malaysia, September lalu.
Sumber: Malay Mail
Sumber “Saya Sakinah, watak Nabila Huda sudah mati dalam Munafik sebelum ini, nak buat macam mana? Sudah mati, matilah” – Maya Karin
0 Response to "“Saya Sakinah, watak Nabila Huda sudah mati dalam Munafik sebelum ini, nak buat macam mana? Sudah mati, matilah” – Maya Karin"
Post a Comment