Kereta dipandu melawan arus di PLUS: Kerana remaja wanita 19 tahun yang ‘high’ dan mabuk ini, pengantin baru maut tinggalkan isteri yang sedang mengandung

Tindakan seorang remaja yang memandu melawan arus di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat sini telah menyebabkan kemalangan membabitkan enam kenderaan yang mengorbankan satu nyawa.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi Selasa, pemandu Proton Gen 2 berusia 19 tahun yang dipercayai mabuk itu  memandu secara berbahaya dari Tol Sungai Dua menghala ke Butterworth.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid, kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang menyebabkan ia terbabas ke kiri jalan sebelum terlanggar sebuah motosikal.

 

Pada masa sama, kereta Proton Gen 2 itu terbabas dan berpusing lalu melanggar tiga buah kenderaan lain termasuk sebuah van kilang.

Pemandu Perodua Kelisa yang dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli, 26 tahun, dan beralamat  di Lorong 2/2 B, Taman Rhu, Sungai Petani meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan.

Manakala pemandu Gen 2 serta empat pemandu lain hanya mengalami cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Bukit Mertajam.

Mangsa yang maut kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Nahas yang berlaku ketika orang ramai berpusu-pusu keluar ke tempat kerja turut menyebabkan berlakunya kesesakan teruk sepanjang tiga kilometer.

Nik Ros Azhan berkata kes disiasat mengikut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: Awani

 

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, car and outdoor

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

 

Image may contain: 1 person, sitting

Gambar perkahwinan Allahyarham bersama isteri pernah viral suatu ketika dahulu.

Kereta dipandu melawan arus di PLUS: Kerana remaja wanita 19 tahun yang 'high' dan mabuk ini, pengantin baru maut tinggalkan isteri yang sedang mengandung

Kereta dipandu melawan arus di PLUS: Kerana remaja wanita 19 tahun yang ‘high’ dan mabuk ini, pengantin baru maut tinggalkan isteri yang sedang mengandung

BUTTERWORTH : Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu nya bertembung dengan kereta seorang wanita remaja yang memandu secara merbahaya melawan arus.
Lelaki terbabit maut ditempat kejadian mangsa dikenali dengan nama Fandi baru 3 bulan melangsungkan perkahwinan dan mengikut sahabat nya lagi isteri arwah yang dikenali dengan nama Noura sendang mengandung anak sulung mereka.
Remaja terbabit menjadi kecaman Netizen gara-gara diri nya memandu secara merbahaya dan dia hanya mengalami kecederaan ringan, gambar beliau ditempat kejadian menjadi kecaman netizen.
Sebelum memandu melawan arus remaja wanita ini dikata kan telah terlibat dalam kemalangan dengan beberapa kenderaan lain apakah motifnya tidak lah pasti mungkin diriny berniat untuk bunuh diri.

 

 

 
Bernama melaporkan seorang pekerja kilang maut apabila sebuah kereta yang dipandu seorang remaja perempuan dilapor melawan arus di KM 134, Lebuhraya Utara-Selatan di Seberang Perai Tengah pagi tadi.
Kejadian pukul 7.50 pagi arah ke utara itu yang berlaku berhampiran susur masuk ke Permatang Pauh menyebabkan Mohamad Fandi Rosli, 26, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Polis percaya remaja berumur 19 tahun itu yang memandu Proton Gen-2 memandu dalam keadaan mabuk.
“Kereta jenis Proton Gen-2 itu dipandu secara melawan arus dari Sungai Dua menghala Butterworth dan melanggar bahagian hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu Mohamad Fandi.
“Kejadian itu menyebabkan kereta dipandu wanita terbabit terbabas ke sebelah kiri dan melanggar sebuah motosikal sebelum ia berpusing beberapa kali dan melanggar pula dua kereta serta sebuah van kilang,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid.


Sumber Kereta dipandu melawan arus di PLUS: Kerana remaja wanita 19 tahun yang ‘high’ dan mabuk ini, pengantin baru maut tinggalkan isteri yang sedang mengandung

Related Posts :

0 Response to "Kereta dipandu melawan arus di PLUS: Kerana remaja wanita 19 tahun yang ‘high’ dan mabuk ini, pengantin baru maut tinggalkan isteri yang sedang mengandung"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect