“Nama saya Felda bin Yusof”

Sekali dengar mungkin ada yang tidak percaya dengan nama dimilikinya, bahkan ada yang menganggapnya bergurau dan cuba menipu.

"Nama saya Felda bin Yusof"

“Nama saya Felda bin Yusof”

Namun itulah keunikan nama Felda Yusof, 43, yang diberi arwah bapanya sebaik dia dilahirkan.

Felda berkata, keputusan bapanya menamakan dia dengan nama berkenaan adalah sebagai tanda kesyukuran terpilih menjadi peserta tanah rancangan di FELDA Padang Piol, di sini, pada 1971.

“Arwah ayah memang sudah berniat sekiranya dia terpilih memasuki tanah rancangan, dia akan menamakan anak yang akan lahir seterusnya sebagai FELDA.

 

“Dua tahun kemudian, saya lahir dan ketika itulah ayah mendaftarkan nama namun pada masa itu ibu pun tidak tahu mengenainya kecuali dua rakan baik ayah,” katanya ketika ditemui di FELDA Padang Piol, di sini, semalam.

Sumber: Metro



Sumber “Nama saya Felda bin Yusof”

Related Posts :

0 Response to "“Nama saya Felda bin Yusof”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect