Personaliti terkenal, Azrinaz Mazhar Hakim menyifatkan penyebaran gosip percintaan beliau dengan aktor popular, Fattah Amin adalah sebagai mengarut.
Menurut Azrinaz, tidak pernah terlintas di fikirannya hubungan sesama kawan antara beliau dengan Fattah disalah anggap sebagai berkasih.
“Maaf, saya tak pernah terfikir hubungan baik saya dengan Fattah akan mengheret ke berita seperti ini (bercinta). Saya tertanya-tanya kenapa berita sebegini disebarkan,” ujar Azrinaz secara eksklusif kepada Utusan Online sebentar tadi.
Azrinaz memberikan reaksi itu sebagai menjawab spekulasi yang semakin rancak dilaporkan di portal-portal berita hiburan sebaik sahaja Azrinaz memuat naik fotonya dengan Fattah dalam laman sosial Instagram yang sekali gus mengundang pertanyaan daripada peminat mereka.
Semenjak hujung minggu lalu, gosip berkenaan mendapat perhatian wartawan hiburan dan Fattah pula mengambil sikap berdiam diri.
Ditanya apa perasaannya apabila dikaitkan bercinta dengan Fattah, bekas permaisuri Sultan Brunei itu meluahkan, beliau agak geram dengan penyiaran berita-berita oleh netizen tanpa berpandukan fakta.
Bagaimanapun, menyedari bahawa dunia tanpa sempadan hari ini memungkinkan segala-galanya berlaku menyebabkan Azrinaz mengambil pendirian berdiam diri.
“Berdiam diri lebih baik. Saya malas nak layan gosip-gosip tak betul macam ini. Takkan pula baru sekali berjumpa, ambil gambar bersama dah dianggap bercinta? Lagipun masa jumpa Fattah tempoh hari ada rakan-rakan yang lain juga,” kata Azrinaz.
Kata Azrinaz lagi, ini bukan kali pertama namanya dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan termasuk dengan seorang personaliti fesyen terkenal sehingga didakwa mengikat tali pertunangan.
“Kalau ada berita gembira tentu sekali saya akan kongsi dengan semua,” jawabnya ringkas.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Gosip dengan Fattah Amin, Azrinaz sifatkan ia mengarut
0 Response to "Gosip dengan Fattah Amin, Azrinaz sifatkan ia mengarut"
Post a Comment