Menurut anak keduanya, Ruhil Shafinaz, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 10.48 malam akibat jangkitan kuman.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Sungai Sekamat, Kajang dan akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat pada pukul 10.30 pagi.

Allahyarham Hussein meninggalkan balu, Hassah Hassan dan tiga orang anak iaitu Shaiful Asnawi, Ruhil Shafinaz dan Ruhil Amani.

Allahyarham merupakan seorang penggiat seni dan pernah menjadi Pengarah Projek Khas syarikat rakaman Life Rekod.

Sumber: UTUSAN ONLINE