Rakaman video yang memaparkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (gambar) dalam ceramah yang seolah-olah menghina keluarga terutama anak-anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tauke arak kini tular dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.
Dalam video berdurasi hampir 30 saat itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa, kedua-dua anak Dr. Mahathir iaitu Mirzan dan Mokhzani sebagai sangat kaya hingga mampu membeli kilang arak di Filipina.
Beliau turut mendakwa hasil daripada kilang arak itu digunakan oleh kedua-duanya untuk membeli stesen-stesen minyak Esso dan menukarkan jenama kepada Petron.
“Jangan beli minyak di Petron selepas ini. Beli minyak di Petron samalah kita bagi duit dekat Mirzan dan Mokhzani.
“Samalah kita mengkayakan tauke judi dari Malaysia, tauke arak dari Malaysia,” katanya.
Video tersebut menjadi tular ketika Dr. Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang berusaha untuk membentuk kerjasama dengan parti pembangkang termasuk PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar rakaman video tersebut.
Sumber: Utusan Online
Sumber Utusan dedah Rafizi dakwa anak Tun M sangat kaya hingga mampu beli kilang arak
0 Response to "Utusan dedah Rafizi dakwa anak Tun M sangat kaya hingga mampu beli kilang arak"
Post a Comment