Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis di rumahnya di Jalan 4M, dekat sini, 3 petang tadi.
Penahanan dilakukan ekoran tindakan kumpulan itu menceroboh masuk beberapa premis perniagaan baru-baru ini.
Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis kerana ceroboh premis judi
Difahamkan, Jamal dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias mengesahkan sembilan ahli kumpulan baju merah yang ditahan semalam direman selama enam hari.
Katanya, semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 39 tahun dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
“Siasatan menyeluruh sedang dijalankan dan polis juga ada menerima aduan beberapa kehilangan barang ketika insiden menceroboh itu berlaku,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sumber: Metro
Sumber Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis kerana ceroboh premis judi
0 Response to "Pengerusi Gabungan Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Yunos ditahan polis kerana ceroboh premis judi"
Post a Comment