5 lelaki, 3 wanita termasuk anak Timbalan Menteri bakal didakwa di mahkamah esok kerana menyerang Khalid Samad

Lima lelaki dan tiga wanita termasuk anak seorang Timbalan Menteri akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok atas kesalahan menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, November tahun lalu.

5 lelaki, 3 wanita termasuk anak Timbalan Menteri bakal didakwa di mahkamah esok kerana menyerang Khalid Samad

5 lelaki, 3 wanita termasuk anak Timbalan Menteri bakal didakwa di mahkamah esok kerana menyerang Khalid Samad

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua suspek berusia 33 hingga 55 tahun itu ditahan secara berperingkat beberapa hari selepas kejadian pada 23 November tahun lalu.

Katanya, semua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kejadian itu dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati ke atas Khalid yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Timbalan Menteri berkenaan dalam sidang dewan,” katanya.

Dalam kejadian itu, Khalid diserang sekumpulan individu di perkarangan Parlimen sebelum diselamatkan pasukan keselamatan.

Difahamkan serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan Khalid yang menggelarkan Timbalan Menteri, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan gelaran ‘sial’ dalam sidang dewan.

Sumber: Metro



Sumber 5 lelaki, 3 wanita termasuk anak Timbalan Menteri bakal didakwa di mahkamah esok kerana menyerang Khalid Samad

Related Posts :

0 Response to "5 lelaki, 3 wanita termasuk anak Timbalan Menteri bakal didakwa di mahkamah esok kerana menyerang Khalid Samad"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect