Pemilik diarah memindahkan atau membuka binaan tokong menyerupai kubah masjid

Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengakui pembinaan sebuah tokong kecil yang menyerupai kubah masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bukit Raja sepertimana tular di media sosial adalah dibina tanpa kebenaran majlis dan juga Pejabat Daerah dan Tanah Klang.

Pemilik diarah memindahkan atau membuka binaan tokong menyerupai kubah masjid

Pemilik diarah memindahkan atau membuka binaan tokong menyerupai kubah masjid

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, Jabatan Kejuruteraan MPK dan Pejabat Daerah Klang sebelum ini mengeluarkan notis kepada pemilik tokong pada 24 Januari lalu.

“Pemilik berkenaan diberi tempoh tiga hari iaitu sehingga 27 Januari (kelmarin) supaya memindahkan atau membuka binaan itu.

“Bagaimanapun disebabkan perayaan Tahun Baharu Cina, pemilik meminta kelonggaran agar memberinya masa untuk mengalihkan binaan itu sehingga selepas sambutan itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Menurutnya, pihak majlis akan menunggu sehingga tarikh yang diberikan dan jika gagal, majlis tidak teragak-agak membantu pihak Pejabat Daerah dan Tanah Klang merobohkan struktur tersebut.

“Pada masa sama, pihak majlis juga akan mengambil tindakan terhadap pembinaan struktur yang tidak mendapat kebenaran majlis di beberapa kawasan lain.

“Terdapat beberapa lokasi yang dalam perhatian majlis kini,” katanya.

Sementara itu, pihak Pejabat Daerah dan Tanah Klang didapati sudah menampal notis pada 24 Januari lalu pada binaan itu dan sudah mengarahkan pemilik memindahkan atau membuka struktur itu.

Pada notis itu juga, turut dinyatakan bahawa pembinaan struktur itu merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 425 dan juga 426A (1)(C) Kanun Tanah Negara 1965.

Pembinaan itu adalah di atas tanah kerajaan dan rizab jalan, justeru itu pemilik diberi tempoh tiga hari bagi membuka struktur atau mengalihkannya ke tempat lain.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah dan Tanah Klang, Mohd Zainal Mohd Nor berkata, notis dilanjutkan sehingga 1 Februari ini.

“Tindakan akan diambil sebaik notis tamat pada tarikh berkenaan. Pejabat Daerah bertanggungjawab terhadap tanah manakala MPK pula pada binaan tokong itu,” katanya.

Terdahulu tokong kecil yang dibina kubah dan bulan sabit menyerupai kubah masjid tular di media sosial dan mendapat kecaman pelbagai netizen.

Justeru itu, mereka mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik dan pembinaan struktur berkenaan.

Sumber: Sinar



Sumber Pemilik diarah memindahkan atau membuka binaan tokong menyerupai kubah masjid

Related Posts :

0 Response to "Pemilik diarah memindahkan atau membuka binaan tokong menyerupai kubah masjid"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect