Ibu leka mengemas barang jualan, anak sesat ditemui merayau-rayau di pasaraya

Akibat leka mengemas barangan jualan, seorang wanita tidak menyedari anak perempuannya tersesat di sebuah pasar raya di Semenyih di sini, kelmarin menyebabkan kanak-kanak itu dihantar ke Balai Polis Semenyih untuk mengesan ahli keluarganya.

Ibu leka mengemas barang jualan, anak sesat ditemui merayau-rayau di pasaraya

Ibu leka mengemas barang jualan, anak sesat ditemui merayau-rayau di pasaraya

Kanak-kanak berusia tiga tahun itu ditemui oleh pekerja pasar raya berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak polis pada jam 9.30 malam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa diserahkan kepada polis selepas dipercayai sesat ketika merayau-rayau di pasar raya berkenaan.

“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan pergi ke pasar raya itu bersama ibunya sebelum dikatakan tersesat ketika ibunya sedang sibuk berniaga.

“Pekerja pasar raya yang menemui kanak-kanak berkenaan kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sumber: Metro



Sumber Ibu leka mengemas barang jualan, anak sesat ditemui merayau-rayau di pasaraya

Related Posts :

0 Response to "Ibu leka mengemas barang jualan, anak sesat ditemui merayau-rayau di pasaraya"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect