Malaysia merahsiakan data penting yang boleh membantu mencari pesawat MH370 yang hilang daripada pihak berkuasa Australia dan badan penerbangan bebas, dakwa sebuah artikel hari ini.
Media Australia dedah Malaysia sembunyi rahsia data penting MH370 dari pihak berkuasa Australia
Laman web berita Australia News.com.au membuat pendedahan yang mengejutkan itu dalam satu artikel eksklusif.
“Jika kamu anggap mereka yang dipertanggungjawabkan itu telah memberikan semua maklumat yang ada untuk menyelesaikan apa yang kini dianggap sebagai misteri penerbangan yang paling besar dalam sejarah, kamu adalah silap.
“News.com.au boleh mengesahkan bahawa Malaysia merahsia dan terus menyembunyikan data radar penting yang mengandungi petunjuk kemungkinan lokasi Boeing 777 itu daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan pakar perunding,” kata laporan itu.
Pencarian pesawat Malaysia Airlines, yang hilang ketika penerbangan ke Beijing, China dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014, secara rasmi ditamatkan pada Selasa lalu selepas operasi mencari gagal menemui sebarang kesan pesawat itu sekitar kawasan 12,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.
Artikel itu juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia cuai dan kalut ketika waktu penting selepas pesawat berkenaan hilang daripada radar.
Ia memetik dua penyiasat bebas – Victor Iannello dari Amerika Syarikat dan Don Thompson dari Britain – yang bersependapat bahawa mereka telah dinafikan akses kepada data lebih tepat yang boleh memberi petunjuk tehadap lokasi pesawat itu.
Sumber: Malaysiakini
Sumber Media Australia dedah Malaysia sembunyi rahsia data penting MH370 dari pihak berkuasa Australia
0 Response to "Media Australia dedah Malaysia sembunyi rahsia data penting MH370 dari pihak berkuasa Australia"
Post a Comment