JESSE LINGARD memuji semangat perjuangan Manchester United selepas mereka bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk meraih keputusan seri 2-2 menentang Burnley dalam Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, lewat malam tadi.
Pemain antarabangsa England itu digugurkan dalam kesebelasan utama ketika United seri 2-2 dengan Leicester City minggu lalu, tetapi tampil daripada bangku simpanan untuk mencuri satu mata buat pasukannya.
United ketinggalan 2-0 pada babak pertama hasil jaringan Ashley Barnes dan Steven Defour sebelum Lingard melakukan penyudah daripada hantaran lintang Ashley Young pada masa kecederaan.
Keputusan itu bermakna pemimpin Liga Perdana, Manchester City, boleh menjarakkan diri 15 mata di puncak liga jika mereka mengalahkan Newcastle United pada awal pagi esok.
"Jika kami bermain lima atau 10 minit lagi, kami akan memenangi perlawanan ini," katanya kepada MUTV.
"Tidak pernah berputus asa. Kami tahu kami mempunyai masa 45 minit lagi untuk bermain, jadi kami harus bersabar, dan akhirnya kami meraih dua gol daripada peluang yang kami hasilkan," ujarnya.
Sumber
Lingard puji semangat juang United
Related Posts :
‘Kalau Awak Kurus, Saya Meng4ndungkan Awak Balik’ – Fizz Fairuz Suka Almy Nampak BerisiPelakon, Datuk Fizz Fairuz menerima keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia yang dilihat semakin berisi berbanding sebelum memiliki caha… Read More...
Alahan Pelik Sewaktu Hamil, Isteri Harris Annuar Tak Boleh Dengar Lagu Melayu, Suka Bau SimenPelakon Harris Annuar yang merupakan anak kepada usahawan terkenal, Kak Ton telah mended4hkan bahawa dia bakal bergelar bapa selepas memaklu… Read More...
“Abang Besar Gosok Gigi Baring Je” – Gelagat Muhammad Bilal Gosok Gigi Tarik Perhatian RamaiKecomelan anak lelaki kepada pasangan selebriti Neelofa dan Muhammad Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal selalu membuatkan orang ramai tidak j… Read More...
Lawanya! Belikan ibu bapa rumah, berjaya pujuk tinggal di Semenanjung, Wawa Zainal und4ng seb4k warganetPELAKON, Wawa Zainal tidak asing lagi dalam dunia lakonan. Kini aktres kelahiran Sabah itu sedang meniti kejayaan dalam perniagaan.
Berusaha… Read More...
[VIDEO] Lengan & Peha ‘Berotot’, Perkongsian Video Muhammad Bilal Buat Ramai Ger4mKeceomelan anak kepada pasangan selebriti Neelofa dan Muhammad Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal membuatkan orang ramai tidak jemu melihatny… Read More...
0 Response to "Lingard puji semangat juang United"
Post a Comment