Polis meminta orang ramai berhenti menyebarkan isu pemandu lori dibelasah sekumpulan lelaki di tempat letak kenderaan sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, pada Sabtu lalu.
Isu pemandu lori dibelasah: Polis minta henti sebar nombor plat Mercedes Benz
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias, berkata tindakan berkenaan boleh mengganggu siasatan terhadap kes itu.
“Saya juga kesal apabila ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mensensasikan isu ini dengan menyebarkan nombor plat sebuah kereta yang didakwa terbabit dengan kes ini. Apabila disiasat, kenderaan yang diviralkan itu adalah milik seorang wanita yang tiada kaitan langsung dengan kes itu.
“Justeru, saya minta semua pihak supaya berhenti dari menyebarkan apa juga perkara berkaitan isu ini kerana ia boleh mengundang pelbagai reaksi dan tanggapan netizen, seterusnya mengganggu siasatan yang kita sedang jalankan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.
Katanya, pihaknya akan tetap meneruskan siasatan kes itu walaupun kedua-dua pihak yang terbabit didakwa sudah menyelesaikannya secara baik dan setakat ini, sudah merakam keterangan 15 individu.
“Kita juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada berhampiran kawasan kejadian bagi membantu siasatan, selain rakaman video amatur oleh orang awam, “katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Sumber: BH Online
Sumber Isu pemandu lori dibelasah: Polis minta henti sebar nombor plat Mercedes Benz
0 Response to "Isu pemandu lori dibelasah: Polis minta henti sebar nombor plat Mercedes Benz"
Post a Comment