
MEDIA Malaysia yang membuat liputan perlawanan kelayakan Piala Asia antara Malaysia dan Korea Utara diberi ‘pengajaran’ bagaimana untuk memanggil nama negara komunis itu dengan betul.
Semasa sidang media sebelum perlawanan diadakan, seorang penterjemah dari Korea Utara meminta media Malaysia berhenti memanggil nama negara itu sebagai Korea Utara, sebaliknya menggunakan nama rasminya, Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK).
“Jangan panggil kami Korea Utara, tidak ada Korea Utara,” kata pegawai negara itu yang kelihatan marah apabila media Malaysia berulang kali merujuk negaranya sebagai Korea Utara ketika sidang media di Stadium i-mobile di sini hari ini.
Pegawai itu mencelah soalan yang dikemukakan oleh media Malaysia untuk membuat penjelasan mengenai nama rasmi negaranya itu.
Pegawai itu bertindak sebagai penterjemah untuk kapten Korea Utara, Kim Yu Song pada sidang media itu, yang turut dihadiri ketua jurulatih pasukan itu, Jorn Andersen yang dilahirkan di Norway tetapi memegang kerakyatan Jerman.
Malaysia akan bertemu Korea Utara sekali lagi jam 7 malam esok (8 malam waktu tempatan) di stadium yang sama, berikutan kekalahan 1-4 pada perlawanan pertama dua hari lepas.
Perlawanan itu sepatutnya diadakan Mac lepas tetapi ditunda hingga kini kerana hubungan diplomatik antara dua negara berikutan pembunuhan Kim Jong Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada Februari lepas.
Perlawanan itu juga menjadi mangsa kepada keadaan yang semakin buruk di Semenanjung Korea berikutan pelancaran peluru berpandu Korea Utara.- Bernama
Sumber: Sinar Harian
Sumber
“Jangan panggil kami Korea Utara” – Media Malaysia dimarah Pegawai Korea Utara
Related Posts :
10 Shampoo Terbaik Yang Terbukti Berkesan Untuk Menangani Masalah Kelemumur, Tak Perlu Membazir Duit Selepas Ini
Rasa ingin mengaru sepanjang masa dan tak tahan setiap kali memakai pakaian bewarna gelap pasti kelemumur akan kelihatan. Masalah kelemum… Read More...
Pernah dikutuk hitam dan tak cantik, Che Puan Khaleeda akhirnya kongsikan pengalaman berguna buat inspirasi semua, be positive ok!
Kecantikan diri yang dimiliki oleh seseorang itu sering sahaja diukur melalui rupa paras luaran, kulit yang putih, hidung yang mancung da… Read More...
Hanya Ambil 3 Minit Sehari Mencuci Rambut Anda Dengan Air Garam!! Kelemumur, Keguguran Rambut Hilang Selama-Lamanya Dengan Petua Orang Kampung Ini, Tak Rugi Mencuba!
Beberapa orang alami keguguran rambut lantaran menggunakan syampu tiruan yang dijual belikan di pasaran dengan mudah.
Tetapi, bagaiman… Read More...
‘Saya Terketar-Ketar Nak Angkat Takbir’ – Beg Diragut, Apa Yang Berlaku Selepas Itu Memang Tidak Dapat Dijangkau Oleh Akal Fikiran, Subhanallah!
Seorang wanita di facebook berkongsi pengalaman kuasa disebalik sebuah doa. Kisah bermula apabila rakan sepejabatnya diragut sehingga men… Read More...
“Kalau kau rasa dah cukup berani datang depan-depan lah weh, apa barang main sound belakang!” – Kak KM sound pedas Dr. Amalina berhenti kondem produk orang?
Jawapan balas antara Datin Shahida dan Dr. Amalina hangat sebentar di media sosial. Namun baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal Kak K… Read More...
0 Response to "“Jangan panggil kami Korea Utara” – Media Malaysia dimarah Pegawai Korea Utara"
Post a Comment