Bapa seorang pelajar sebuah sekolah menengah di sini, mendakwa ditumbuk seorang guru lelaki ketika sesi pendaftaran persekolahan pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Simunjan Deputi Superintendan Zamzuri Mohamad berkata, sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara bapa dan guru itu berhubung senarai nama untuk semakan proses pendaftaran.
Guru tumbuk bapa pelajar sekolah menengah
Katanya, hasil siasatan awal mendapati bapa pelajar itu tidak berpuas hati kerana senarai nama pelajar tidak dipamerkan bagi memudahkan urusan pendaftaran.
“Kejadian berlaku 9.30 pagi ketika sesi pendaftaran apabila bapa pelajar itu telah ditumbuk di telinga kiri oleh guru berkenaan.
“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Simunjan dan dihantar ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Guru tumbuk bapa pelajar sekolah menengah"
Post a Comment