Beliau berkata, ia sebagai cuti ganti memandangkan tarikh hari keputeraan baginda jatuh pada Ahad ini iaitu 11 Disember.

“Sekiranya cuti umum jatuh pada hari Ahad, hari Isnin merupakan cuti ganti tetapi memandangkan Isnin adalah cuti umum sempena Maulidur Rasul, jadi cuti bagi negeri Selangor akan digantikan pada Selasa.

“Perkara ini terkandung dalam Pekeliling 10/2015 yang dikeluarkan hujung tahun lepas mengenai cuti-cuti umum bagi negeri Selangor tahun 2016,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) dalam satu kenyataan hari ini menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan yang tersebar di media sosial mengatakan KSN mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari kelepasan am.

Menurut Pejabat KSN, kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan 13 Disember 2016 bukanlah hari kelepasan am.

Semalam, tersebar satu mesej di media sosial mengatakan kononnya Ali mengisytiharkan 13 Disember ini sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong baharu pada hari berkenaan. – BERNAMA