Ketua Setiausaha Negara umum tiada cuti umum pada 13 Disember

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa tidak pernah mengeluarkan kenyataan kononnya 13 Disember ini diisytiharkan sebagai hari kelepasan am.

Beliau merujuk kepada kenyataan yang viral di media sosial yang dikatakan dikeluarkan olehnya berhubung pengumuman cuti pada Selasa depan sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang baharu.

“Adalah dimaklumkan, kenyataan berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara dan 13 Disember 2016 bukalah merupakan hari kelepasan am,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Hari ini heboh di media sosial kononnya sempena istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V yang akan diadakan pada Selasa, 13 Disember ini di Balairong Seri, Istana Negara diikuti Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam.

Satu kenyataan kononnya dikeluarkan oleh Ali mengisytiharkan 13 Disember  sebagai hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan manakala Sabah dan Sarawak boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing.

“Istiadat pertabalan itu sempena pelantikan baginda bagi menggantikan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah yang teah tamat tempoh pemerintahan,” kata kenyataan yang diviralkan itu.n

 

Sumber: UTUSAN ONLINE



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Ketua Setiausaha Negara umum tiada cuti umum pada 13 Disember"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect