Gara-gara menggelar pelakon popular Rita Rudaini sebagai Mak Janda di laman Instagram, pengacara Donna Muslim teruk dihentam peminat pelakon itu.
Donna, 27, berkata dia tidak menjangka perkara itu boleh menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan peminat Rita.
Panggil Rita Rudaini mak janda, Donna Muslim dikecam peminat
“Sejujurnya saya tak berniat nak menghina atau memperkecilkan status Rita. Tujuan saya membalas komen salah seorang kenalan wanita di laman Instagram itu adalah untuk membaiki soalan yang ditujukan kepada saya.
“Tapi disebabkan saya menggunakan perkataan sama iaitu Mak Janda, jadi ia seolah-olah mengiyakan apa yang ditulis. Dalam hal ini, saya akui memang salah saya. Pada masa sama saya ralat apabila menggunakan perkataan itu bagi tujuan membalas komen,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Donna yang juga pengacara program HLive! di Astro Ria, disebabkan komen itu dia dan wanita itu diserang peminat Rita yang tidak bersetuju dengan gelaran terbabit.
Donna turut membuat permohonaan maaf kepada Rita selepas pelakon itu bertanyakan perkara terbabit.
“Selepas perkara ini kecoh diperkatakan, Rita ada menghantar paparan skrin komen saya. Disebabkan dia bertanya jadi saya memberi penjelasan. Saya pun meminta maaf.
“Bukan apa, saya tahu perkara sebegini boleh merosakkan persahabatan kami. Cuma apa yang ingin saya katakan adalah kalau boleh peminat pun janganlah bersikap lebih-lebih,” katanya.
Terdahulu pertanyaan seorang kenalan yang menggunakan nama @shazzhrmn menerusi video yang dimuat naik Donna pada Ahad lalu mengundang kemarahan peminat apabila menggelar Rita sebagai Mak Janda.
Sementara itu, Rita ketika dihubungi menyifatkan tindakan pengacara itu sebagai kurang bijak.
“Saya memang tidak mengikutinya di laman Instagram jadi tak tahu apa yang dia muat naik. Apabila peminat menghantar paparan skrin komen itu, saya terus bertanya kepada dia.
“Sepatutnya sebagai kawan dia tak patut menggunakan perkataan itu apatah lagi di laman sosial. Semua orang tahu status saya sebagai ibu tunggal, tapi tak ada siapa yang suka jika dilabel dengan gelaran itu,” katanya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Panggil Rita Rudaini mak janda, Donna Muslim dikecam peminat"
Post a Comment