Fathia latiff tak sabar tunaikan umrah, anggap dihentam teruk netizen adalah ujian

Pelakon, Fathia Latiff menganggap pemergian ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah buat kali pertama lebih bermakna apabila ditemani ahli keluarganya.

Katanya, peluang dipilih sebagai tetamu Allah ke Makkah dan Madinah beberapa hari lagi juga akan digunakan sebaik mungkin untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya.

Fathia latiff tak sabar tunaikan umrah

Fathia latiff tak sabar tunaikan umrah

Fathia, 29, turut mengakui segala kejadian membabitkan dirinya hingga dihentam teruk netizen adalah ujian sekali gus seakan isyarat supaya beliau terus istiqamah dalam menjadi insan yang lebih baik.

“Allah menguji kesabaran saya. Sebagai manusia ada kalanya saya tidak mampu mengawal perasaan. Namun setiap kejadian sebagai pengajaran untuk mematangkan diri.

“Namun di sebalik berdepan dugaan silih berganti, saya semakin tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke sana menjalani beribadah. Lebih istimewa kerana seluruh keluarga turut serta.

“Bagi saya, mahu menjadi baik bukan senang. Beristiqamah selepas bertudung pun bukan perkara mudah. Apa pun dalam hidup ini kita pasti akan terjatuh dan perlu lekas bangun ,” katanya yang berhijab sejak Mac lalu.

Terdahulu, nama bintang Arianna Rose itu sekali lagi menjadi panas apabila beliau memuat naik gambar seorang pramugari ke laman Twitter disebabkan keengganan petugas berkenaan mengangkat beg miliknya ke ruang simpanan barang.

Bersama status seakan sindiran terhadap wanita terbabit, maut naik kisah itu menjadi viral dengan rata-rata mengecam tindakan Fathia yang dirasakan melampau hanya disebabkan berstatus selebriti.

 

Sumber: BH Online



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to "Fathia latiff tak sabar tunaikan umrah, anggap dihentam teruk netizen adalah ujian"

Post a Comment