Lama tak dengar cerita tentang pelakon, Yana Samsudin. Rasanya selepas dia melahirkan anak yang sangat comel, aktiviti seni langsung dikurangkan. Poklip pun lama tidak nampak dia berlakon dalam mana-mana drama atau filem.
Naik hantu Yana Samsudin datang lambat, jalan berlenggang dan tak minta maaf
Mungkin ada, cuma Poklip kot yang agak sibuk, jadi tiada masa untuk menonton televisyen. Lagipun, drama sekarang jalan ceritanya lebih kurang sama acuan. Tak ada beza, asyik-asyik ulang tayang idea cerita yang sama.
Tapi Poklip bukan hendak membebel tentang kualiti drama kita sekarang tapi ada cerita panas tentang Yana. Ada pihak tidak berpuas hati dengan perangai pelakon itu yang didakwa datang lambat untuk satu penggambaran.
Menurut sumber, sepatutnya pukul 9 pagi semua sudah terpacak di situ, tapi tunggu punya tunggu batang hidung Yana didakwa langsung tidak kelihatan. Semua orang sudah bersedia tapi terpaksa menunggu kehadiran pelakon itu.
Tambah panas, selepas tiga jam menunggu, barulah Yana sampai ke lokasi. Pelakon tersebut didakwa berjalan melenggang-lenggang tanpa berkata apa-apa. Malah, langsung tidak memberi alasan tapi terus ke bilik solekan. Apa lagi, naik hantulah kawan yang menunggu dari tadi ini.
Yalah, kalau Poklip sendiri pun boleh panas hati. Kalau setakat 20 hingga 30 minit itu, kita pejam mata sahaja. Tidak mahu besarkan cerita. Ini kalau sampai tiga jam menunggu, apa kau ingat kau siapa?
Tapi Poklip tidak mahu terus menghentam Yana sebab kita pun tidak pasti apa alasan Yana didakwa datang lambat. Mungkin dia tersekat dalam kesesakan jalan raya hingga tiga jam lamanya. Mungkin juga, ada hal-hal peribadi yang tidak boleh dikongsi. Tak begitu?
Cuma lain kali, cuba terangkan pada seluruh kru produksi kenapa datang lewat. Ini tidak, pelakon tersebut didakwa tidak langsung meminta maaf atau menjelaskan perkara sebenar. Terus meluru ke bilik solekan.
Poklip cuma hendak pesan kepada semua, ketepatan waktu adalah kunci disiplin. Malah, kalau tahu diri sudah lambat apa kata berbaik-baik dan sedekahkan kepada sesiapa yang menunggu dengan senyuman dan juga permohonan maaf.
Jangan sombong dan terus rasa diri itu hebat. Ingat, ada kala kita di atas dan sampai masa nanti, kita akan ke bawah juga. Ketika itu, hanya budi hati yang menjadi ukuran. Kalau kekwat, kita lantak pergi kan sahaja!
SOLOK LADA: Semakin ramai artis yang dahulunya kulit kusam tidak bermaya tetapi sekarang cun melecun kebabom cantiknya. Ada seorang itu, putih melepak sampai kalau pandang kali pertama tak kenallah! Berganti kulit ke cik kak?
Sumber: Utusan Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Naik hantu Yana Samsudin datang lambat, jalan berlenggang dan tak minta maaf"
Post a Comment