Kini beg plastik selamat dimakan

Bagi mengatasi masalah pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada penggunaan beg plastik, sebuah syarikat di India mencipta sejenis beg plastik yang bukan sahaja mesra alam malah selamat untuk dimakan.

Kini beg plastik selamat dimakan

Kini beg plastik selamat dimakan

Beg plastik yang dicipta syarikat EnviGreen dihasilkan daripada bahan semulajadi dan minyak sayuran yang kelihatan dan rasa seperti plastik.

Pengasas EnviGreen, Ashwath Hedge berkata, dia mendapat idea mencipta beg plastik organik itu apabila melihat orang ramai sukar mencari alternatif bagi beg plastik selepas banyak negeri di India mengharamkan penggunaannya.

“Ramai pengguna kini mengeluh kerana sukar untuk membawa barangan yang mereka beli di pasar raya kerana beg plastik diharamkan,” katanya.

Hedge memutuskan untuk mencipta satu produk bagi mengatasi masalah berkenaan dan pada masa yang sama selamat untuk alam sekitar.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Kini beg plastik selamat dimakan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect