Jom Naik MRT Percuma Selama Sebulan

Jom Naik MRT Percuma Selama Sebulan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Fasa Pertama MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK), semalam. (Gambar: MRT Malaysia - Facebook)

Pelancaran Fasa Pertama MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mencipta sejarah baru pada negara apabila satu lagi pengangkutan awam lebih moden dapat digunakan orang ramai.

Fasa pertama sepanjang 21 kilometer ini mula beroperasi jam 6 pagi tadi membabitkan 12 stesen antara Sungai Buloh, Kampung Selamat, Kwasa Damansara, Kwasa Sentral, Kota Damansara, Surian, Mutiara Damansara, Bandar Utama, Taman Tun Dr Ismail, Phileo Damansara, Pusat Bandar Damansara dan Semantan. Bagi Fasa Kedua menghubungi laluan dari Semantan ke Kajang, termasuk bahagian bawah tanah akan dibuka pada Julai tahun hadapan dengan jarak keseluruhan laluan SBK sepanjang 51 kilometer.

Sebagai usaha kerajaan memberi kemudahan pengangkutan awam yang lebih efisien kepada orang ramai, Najib juga mengumumkan berita gembira apabila Rapid Rail memberi perkhidmatan percuma kepada penumpang yang menaiki tren MRT dan bas-bas pengantara Laluan SBK mulai hari ini (16 Disember) sehingga 16 Januari 2017. Ini bermakna, tambang hanya akan dikenakan mulai 17 Januari 2017. 

Dalam satu kenyataan media MRT Malaysia di Facebook, Najib menyatakan beliau yakin Rapid Rail akan dapat memastikan tahap perkhidmatan yang efisyen, boleh percaya, tepat pada waktu dan selamat untuk penumpang.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Jom Naik MRT Percuma Selama Sebulan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect