Pelakon manis Atikah Suhaime, dilanda kontroversi foto lucah, melonjak namanya di kalangan pengguna internet sehingga lebih kerap dicari berbanding pelakon Korea, Song Joong-ki.
Donald Trump berjaya kalahkan Atikah Suhaime
Hanya bakal presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengatasi nama gadis ini yang berada di tangga kedua 10 personaliti paling banyak dicari pengguna Malaysia di Google tahun ini.
Margot Robbie, pelakon The Wolf of Wall Street dan Suicide Squad, berada di tangga kelima, selepas penyanyi yang makin meningkat popular Aiman Tino.
Penceramah sensasi Zakir Naik di belakang Syatilla Melvin dan Nadia Nordin tetapi lebih banyak dicari berbanding pemain badminton Lin Dan dan calon Demokrat, Hillary Clinton.
Carian-carian lain yang menjadi pilihan utama pengguna internet termasuklah kejohanan bola sepak Euro 2016, permainan kegilaan ramai Pokemon Go dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
Drama-drama tempatan Suri Hati Mr Pilot dan 7 Hari Mencintaiku masing-masing di tangga keenam dan kesembilan paling dicari di Google tahun ini.
Sementara filem Train to Busan dan drama Descendents of the Sun, lakonan Song Joong-ki, masig-masing berada di tangga ketujuh dan terakhir.
Warga internet Malaysia memberi perhatian utama pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 8 November lalu sehingga ia muncul sebagai topik teratas.
Isu warga United Kingdom mengundi keluar dari Kesatuan Eropah, atau Brexit, berada di tangga keempat selepas sukan Olimpik dan masalah syarikat penerbangan baru Rayani Air.
Penyakit baru bawaan nyamuk Zika mendapat tempat keenam, selain difteria di tangga ke-10.
Masalah bateri telefon Samsung Galaxy Note 7 dan pencemaran bauksit di Kuantan juga diberikan perhatian, masing-masing berada di tangga kelapan dan kesembilan.
Carian-carian ini terus menjadi penyukat budaya terhadap peristiwa penting, individu popular dann trend yang membawa dampak pada kehidupan negara ini, kata Zeffri Yusof, seorang pegawai Google Malaysia.
Senarai lengkap tiga kategori tersebut seperti berikut:
Personaliti paling popular
1. Donald Trump
2. Atikah Suhaime
3. Song Joong-ki
4. Aiman Tino
5. Margot Robbie
6. Syatilla Melvin
7. Nadia Nordin
8. Zakir Naik
9. Lin Dan
10. Hillary Clinton
Carian paling popular
1. Euro 2016
2. Pokemon Go
3. BR1M
4. SAPS Ibu Bapa
5. Olympic Games Rio 2016
6. Suri Hati Mr Pilot
7. Train to Busan
8. MAMA 2016
9. 7 Hari Mencintaiku
10. Descendents of the Sun
Topik paling popular
1. US Elections
2. Olympic Games Rio 2016
3. Rayani Air
4. Brexit
5. Bajet 2017
6. Zika
7. Gerhana matahari
8. Note 7
9. Bauksit
10. Difteria
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Donald Trump berjaya kalahkan Atikah Suhaime dalam senarai personaliti paling dicari di Malaysia"
Post a Comment