Bersuamikan kerabat diraja Kedah, Amelia sedih dikecam pisau cukur dan kejar pangkat

Lebih setahun memeluk Islam dan bersuamikan kerabat diraja Kedah, Amelia Thripura Henderson belum sedia berbicara isu agama atau soal menutup aurat.

Pelakon dan model jelita ini bagaimanapun mengakui fesyen muslimah itu menarik.

Bersuamikan kerabat diraja Kedah

Bersuamikan kerabat diraja Kedah

“Saya lebih selesa untuk tidak bercakap mengenainya. Saya rasa saya bukanlah orang yang sesuai untuk bercakap mengenai agama.

“Secara peribadi dan jujur saya tidak berapa tahu mengenainya [fesyen hijab] kerana saya tidak memakai tudung,” katanya, kini dikenali Che Puan Datin Putri Noor Amelia Thripura Henderson Abdullah.

“Ia sangat cantik. Ia fesyen mengagumkan yang saya lihat terutamanya di Minggu Fesyen Kuala Lumpur. Pakaian yang menakjubkan.”

Pelakon drama Pontimau itu, berdarah kacukan India-Scotland, berkahwin dengan Tunku Harrunnarasheed Putra Tunku Annuar pada 14 Ogos tahun lalu.

Mereka pertama kali bertemu ketika Amelia mengacarakan majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapa Harrunnarasheed, bekas Tunku Bendahara Kedah allahyarham Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna, dua tahun lalu.

Menjadi model iklan seawal usia tiga tahun lalu, pengacara Astro Supersports ini pernah dikritik pengguna internet apabila penampilannya dianggap seksi.

Selain itu Amelia, 21, juga dilabel hanya mengejar pangkat dan harta apabila memilih kerabat. Namun beliau bersyukur kerana suami sentiasa di belakangnya.

“Tidak banyak yang saya ingin komen [isu pakaian] kerana saya rasa kalau saya bercakap mengenainya, masyarakat akan kecam saya.

“Apabila saya baca berita gosip waktu mula-mula kahwin, saya sedih kerana saya tidak pernah dikecam sepertinya sebelum ini,” katanya kepada ProjekMMO dalam satu temubual.

“Ada orang kata panggil saya pisau cukur, kejar pangkat dan harta,” kata anak kelahiran Klang itu, pelakon “Oh My English After School”, yang pernah tertekan dituduh sedemikian.

“Sekarang, saya masih bebas melakukan aktiviti seni. Suami sangat memahami kerjaya saya.”

Berbicara mengenai kehidupan sebagai anggota keluarga kerabat diraja, Amelia sudah menyesuaikan diri walau mengambil masa untuk mempelajarinya.

“Susah juga untuk mempelajari perkara berkaitan istiadat diraja. Saya ambil masa untuk mengetahui pangkat-pangkat dan gelaran [dalam istana].

“Kehidupan [kerabat] sangat menarik dan saya bertuah kerana keluarga suami sangat baik. Akhir sekali kita semua manusia, tidak kisah ada pangkat atau tidak, kita semua sama.

“Saya juga tidak boleh berbuat apa-apa sesuka hati kerana bukan hanya mewakili suami saya tetapi keluarganya.

“Agak susah juga apabila saya tidak boleh buat apa saya suka, tetapi saya sangat bertuah kerana suami saya sangat memahami dan penyayang,” katanya lagi.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Bersuamikan kerabat diraja Kedah, Amelia sedih dikecam pisau cukur dan kejar pangkat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect